Assalamualaikum wbt para blogger semua..Semoga Jumaat ini akan memberkati para blogger dan dikurniakan rahmat dari Allah SWT.
Semalam, aku menghadiri program dari Kolej Komuniti di tempat aku ini. Mereka sedang mewar-warkan program baru untuk semua masyarakat tempatan. Seperti mana yang kita ketahui, kolej komuniti adalah laluan kedua kepada para lepasan SPM yang tidak berapa cemerlang untuk menyambung pengajian mereka.
Disini, mereka akan dilatih akan kemahiran tertentu bergantung pada kesesuaian minat mereka. Antara bidang tersebut termasuklah bidang pembaikan motorsikal, jahitan, membuat kek dan pastri dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Kolej Komuniti telah memperluaskan skop perkhidmatan mereka. Kini, mereka menerapkan sebuah konsep yang dinamakan sebagai "Pembelajaran Sepanjang Hayat". Mereka akan menawarkan kursus-kursus jangka pendek seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan sebagainya. Program ini terbuka kepada penduduk tempatan dan ditawarkan di luar waktu bekerja. Contoh seminggu 2 kali iaitu Hari Isnin dan Rabu jam 8.00 - 10.00 malam.
Objektifnya adalah untuk menggalakkan masyarakat tempatan tanpa mengira batasan usia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri mereka selain mempertingkatkan nilai diri mereka. Mereka mahu mengubah pendekatan sesetengah institusi pendidikan masa kini yang terlalu bersifat inklusif sehingga masayarakat di sekitar tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam institusi itu..Dengan ini, mereka mahu mengajak masyarakat tempatan bersama-sama terlibat dalam pembelajaran di institusi kolej komuniti ini.
Selain itu, penawaran kursus juga boleh bergantung kepada permintaan. Sebagai contoh, di kalangan para blogger ada sekumpulan seramai 20 orang mahu belajar membuat kek dan pastri. Boleh menghantar permohonan kepada kolej komuniti yang terdekat dengan para blogger dan mungkin boleh dipertimbangkan kursus khas untuk kumpulan tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman web rasmi mereka disini.
Pada pandangan aku, program ini ada kebaikannya cume sejauh mana masyarakat tempatan hendak mengambil peluang tersebut, itu yang menjadi persoalannya. Mungkin, pemimpin masyarakat setempat seperti ketua kampung, penghulu, pemimpin persatuan belia perlu mengambil langkah yang proaktif untuk mengajak anak buah mereka menyertai program ini. Jika ia berjaya, mungkin masalah remaja berpelesiran dan membuat perkara yang tidak berfaedah akan dapat dikurangkan. Kadang-kadang, kita kurang menyedari apa yang ada dihadapan kita kerana kita tidak tahu, tidak mahu mengambil tahu atau sengaja tidak mahu tahu.
Kepada para blogger sekalian, apakah terdapat Kolej Komuniti di tempat para blogger sekalian??? Jika ada, apakah kita tahu akan program dan kemudahan yang boleh kita gunakan di premisnya...Layangkan minda para blogger sekalian...
p/s: aku sedih pada nasib yang diterima oleh Interlok. Hilang sudah keaslian sesebuah karya itu kerana ia telah di..............

47 ulasan:
Suatu usaha yang bagus! Memberi peluang kpd penduduk sekitar, tak mengira usia utk pelajari skil2 tertentu, yang tak dipelajari. Skill bahasa, skill memasak dan lain2 tu....
Even berguna utk golonga professional, yang mana masa di Universiti, tak belajar benda2 ni semua..
Kakcik tertarik kepada nota kecil itu....
bila semuanya hendak dipolitikkan, maruah bukan lagi agenda utama :(
sesuatu yang menarik.memberi peluang kepada sema peringkat usia untuk menambah ilmu. kolej komuniti ek. takpe nanti nengok website tu.
bagus belajar jangan tak belajar sepanjang hidup kan
kat lumut ni ada kolej komuniti tak???? nak join jugakkkkk.. hehe
Assalamualaikum...
Ya, kolej ini sudah wujud di tempat saya, namun program seperti yang saudara sebut itu belum lagi dilancarkan di sini. Mungkin ianya akan diadakan secara berperingkat...
Usaha ini sangat baik...saya setuju
*isu pasal interlok tu tak paham sgt la*
nnti, bole tak kupas isu pasal tu pulakk..hehe...
kt tmpt sy ada kolej komuniti...tp, tak ramai sgt yg join program2 dorang tuu..sy pun mls.. hehe
salam sahrom,
kat tempat kak ati tak ada
dan kak ati baru tahu apa
yang kolej tu tawarkan
bagus juga utk rakyat
apa maksud ayat di bawah tu sharom?
kat area sy mmg ada KM nih
yg bestnyer kolej ni sumer peringkat umur bleh join. sy sdg ikuti kursus menjahit waktu ujung minggu saja. bayaran nyer pun mrh siap bg peralatan.
Interlok adalah suatu garapan tentang kenyataan yg tak boleh diterima oleh mereka yang tak faham sejarah kasta mereka sendiri!
Kartun Yg Dapat Anugerah: "Best Political Cartoon Award"
salam
rugi nya kat Cameron tak der kolej komuniti, rugi betul..
Daya tak bertugas untuk LTDL, jadi penonton jew
kat tempat saya ada..bgus tu..melahirkan insan yg berilmu dan berkemahiran..:)
sekarang macam-macam institusi dibangunkan untuk generasi lebih berjaya. harap bangsa kita membuka mata seiring dgn mereka yg telah berjaya.
Assalamualaikum Sahrom
tempat saya mukin belum ujud lagi
mukin akan datang
Wassalam
program yg bagus....
dah lama tak gi kelas menjahit heheh
(^^,)
saya cuma nak komen saya sgt sedih dan kecewa dgn nasib interlok...sumpah sedih!!
kat sini macam tak de lagi je..
tq this info..baru tau ada program sedemikian,...mungkin benda yg baik ni susah nk smpi kpd semua orang...tapi mana yg tau kena war-war kan..ada juga xtvt berfaedah & boleh menjana income nnt..takdela yg byk merempit kt tmpat aku ni...
xde pulak kolej komuniti yg terdekat. best dpt blaja bahasa mandarin. hek hek
sesuai le dengan konsep 'belajo dari dari dalam buaian hingga ke liang lahat'
adik bongsu kawan ada belajar kat kolej ni....
rasenye program pembelajaran sepanjang hayat ni dah lama ada kat kolej komuniti.. Pnh dgr penerangan kolej komuniti mase baru habis SPM lu.. member pun byk ambik kursus2 yg ditawarkan mase tu..
bagus ada program mcm ni! setuju sgt3!
InsyaAllah. peluang sebaik ni berbaloi dimanfaatkan.
bagus juga koleh komuniti....lebih banyak skill daripada teori.....
salam.
sy mmg dah tau ada program utk bukan pelajar ..bagus..dan teringin nak join terutama bab masak memasak n kursus bahasa tu..cuma yg pasti kalau IE join sah-sah setakat daftar aje laa....
...opss..sebenarnya IE ada cdg nk tumpang buat program kat sinun tp tanggug dulu laa!!!
assalamualaikum wbt..
baguslah kalau program tu di wujudkan..harap2 ramai yang mendafar..
pasal interlok tu sy pun sedih..emm..dikekalkan tapi di olah..haihhh..
tentang interlok....saya tak setuju karya tersebut diubahsuai demi nak memuaskan hati sesetengah pihak. itu tindakan bodoh.
assalamualaikum...
sori, terlepas entry POKCIK...
kat bloglist tak naek pun update...
miahahaha...
takpe, jap lagi sy komen yg dibawah tu pulak...
KOLEJ KOMUNITI ni bagus...kat tempat sy, dorang menawarkan kelas kek & kelas fasih bi...
cume kelas B.arab je xde lagi...
sy nak join kelas B. arab tu...
pasal Interlok tu, sy ade baca 1 entry penulis yg mengomen & para pengkomen yg adakalanya kelakar...
http://malaysianindian1.blogspot.com/2011/01/interlok-or-otak-in-telor.html
boleh ajak ayah saya belajar semulahehehhe
sayang kat Pilah takde kolej ni, kalau tak boleh juga join sama
pun kesal dengan nasib yang diterima Interlok, kenapa kita harus beralah sekali lagi
wow..first time dgr, elok jgk kan kalau wat mcm ni..rmai yg boley libatkan diri x kire umur..bagus2..
ALhamdulillah Interlok tidak dipinda...
setuju sangat2..at least pada budak2 yg tak belajar lagi tu bolh amik kursus2 jangka pendek yg tak membebankan mereka..
MDT lebih berminat dgn Giat Mara..
pst..pst..novel interlok tu tak bersalah..tp org yg mempolitikkannye..ngade2 lah dorang ni..ingat nak cari lah novel yg kontroversi tu..heheh!
Salam sahrom...
kat tempat saya pun kalau tak silap ada juga kolej komuniti..tapi program seperti yang saudara sebutkan saya tak pernah mendengar mereka adakan lagi. Tatau la kalau info tu tak sampai kat saya. WaAllahualam.
apa pun saya sokong program sebegini, at least boleh mengeratkan masyarakat setempat dengan warga kolej..
Makcik suka je tengok orang yang dah berumur, masih berminat nak belajar, lebih lagi kalau bangsa melayu. bangga
salam bro...
kat pasir gudang jb pon ade gak kolej ni...
mmg ia berguna utk plajar yg tak bape nk cemerlang smbg study tp ia more pd praktikal..
yg sayangnya,ramai yg kurang adab n akhlaknyer..jd negatif pndgn org..
hurmm
kawan sy lecturer kat kolej ni....kira bagus la kolej ni sebab dia membantu pelajar yg x dpt masuk u...
dla prasan gak sbb kolej komuniti ni dekat dgn opis dla..mcm berminat gak nak ikut kelas mandarin tp xtaw camne nak join..dla lak x berusaha nk gi tnya..hehe
salam pagi sabtu =)
kolej komuniti tak aktif pun, dah try servey, berminat nak ambil kursus masakan jangka pendek..kalau perlis punya aktif gila =)
p/s: sedih juga bila interlok terpaksa diubah ;(
wahh bagusnya...kolej komuniti makin mantap sekarang..
CE ada mintak juga kerja sebagai tenaga pengajar kat kolej komuniti...tapi tak ada rezeki..:(
kat tempat saya rasanya tak ada kolej komuniti ni...hm.. kalau ada menarik juga, saya pon nak join, skill survive hidup. skill yang bukan sahaja bergantung kepada majikan untuk mendapatkan income. tetapi diri sendiri
salam sahrom ..
rasenya kt tempat aby tk de kolej komuniti ni la ...
nampak nye IKM kene proaktif la ..
kolej ni dah follow modul IKM ..
apapun ...
klu ada tempat2 menawarkan usha2 utk berjaya dlm kehidupan adalah sesuatu yg dialualukan ...
Lu nak tau tak conection antara interlok dengan pembelajaran sepanjang hayat?
Interlok = karya dari seorang bijak pandai, novel yang mantap dan hanya orang2 cerdik mampu menghayatinya, melihat dari sudut positif dan keilmuan.
pembelajaran sepanjang hayat = dalam kehidupan ni kite sentiasa belajar, tapi mentaliti masyarakat kite yang ego, melulu, caca marba dan sombong nak belajar menjadikan/menghasilkan satu suasana yang cukup2 menghibakan. Tak layak masyarakat kita nak dipanggil masyarakat berilmu jika kita tengok dari kes interlok... orang2 yg komplen pasal interlok tu belum tentu dah habis baca, tapi menyalak mcm gampang... aduhai... sory gua ter'emo' bile sentuh kes interlok he3...
(p/s: sokong program belajar sepanjang hayat)
assalamualaikum,
Tenang pun dah tak tenang sangat walaupun dah abes pilihanraya...terus belajar dari pengalaman.
# kepada para blogger sekalian: trime kasih atas komen yang dititipkan..saya sangat menghargai..semoga kita terus dapat berblogging dengan cemerlang..selamat berblogging...
Takde kolej komuniti di sini. Berminat juga nak belajor, tapi tak tau tempat. Tempat swasta ada, tapi mahal.
Catat Ulasan