Rabu, 12 Januari 2011

Etika Dalam Berpakaian : Perlukah Dibuat Kempen Kesedaran???


Assalamualaikum para blogger semua..Semoga kalian terus dirahmati Allah SWT. Beberapa hari lalu, aku ada pergi ke Pejabat Tanah di tempat aku ini. Ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan ( bukan urusan nak jual tanah wei..aku tanah pun takde huhhuhuhu)

Sementara aku hendak berjumpa pegawai tersebut, seperti biasa aku perlu duduk di kerusi tetamu dahulu sementara menunggu beliau yang masih ada urusan dengan pelanggan lain di dalam biliknya. Oleh kerana pintu biliknya tidak ditutup, maka aku ada terdengar perbualannya dengan pelanggan.

Dalam perbualan itu, beliau menegur pelanggannya kerana tidak berpakaian sopan ketika berurusan rasmi di pejabat kerajaan. Kalian hendak tahu apa yang dipakai oleh pelanggannya? Pelanggannya hanya memakai t-shirt lengan pendek yang ketat ( sampai nak ternampak ketiaknya huhuhhuhu) serta seluar pendek ( labuh sikit dari seluar dalam kot huhhuhuh)

Aku pun berfikir sejenak. Setahu aku, semua pejabat kerajaan dah terpampang etika berpakaian ketika hendak berurusan rasmi dengan mereka. Tidak perlulah pakai kot siap bertali leher tetapi cukup sekadar sopan serta elok mata memandang. Aku respek dengan cara pegawai itu menegur pelanggannya. Antara ayat sinis yang digunakan " Sebentar cik, saya switch on penghawa dingin di bilik saya ini ya. Mungkin, kipas tidak cukup sehingga cik kepanasan"..( aku dah dapat tangkap maksudnya..mungkin cik itu kepanasan kot..tue yang pakai seluar pendek itu hahahahah)

Kemudian, pegawai itu menambah lagi dengan ayat yang lebih berterus terang " Maaf cik, pakaian cik ini tidak bersesuaian untuk berurusan rasmi disini. Apa kata, cik pulang ke rumah, tukar pakaian dahulu kepada yang bersesuaian, kemudian datang semula jumpa saya disini. Saya tunggu cik ya"

Aku tengok pelanggan itu meninggalkan pejabat tersebut dengan reaksi seperti tidak puas hati. Walau bagaimanapun, aku yang mendapat manfaatnya kerana aku tidak perlu menunggu lama untuk berurusan heheheheh....

Kepada para blogger sekalian, wajarkah kempen etika berpakaian dibuat untuk menerapkan kesedaran di kalangan pelanggan agar sentiasa peka akan perkara ini jika hendak melakukan sesuatu urusan tidak kira baik di pejabat kerajaan mahupun swasta ataupun organisasi para blogger telah melaksanakannya? Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama.

69 ulasan:

::..Dia daYa..:: berkata...

salam
mungkin sesetengah orang tak peka dengan etika berpakaian tu. mungkin dorang tak baca atau bukan selalu berurusan dengan pejabat kerajaan

wat kempen pun okay jugak,

noor berkata...

etika dlm berpakaian sgt penting..
tgklah keadaan tpt nak pegi jgn main pakai sebarang jerkan
tak pasal2 memalukan diri sdiri kena tegur hihihi

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Kalau berurusan kat opis kerajaan ke swasta ke elok la pakai sopan sket..dah nama pun opis,tempat keje,cari rezeki..lain la kalau p pub..sbb pub tu mmg tempat khas utk org2 pakai x sopan..heheh

::FAIZ FARISH:: berkata...

dia igt dia org puteh kot... tu la pasal...

Buat Sakit mata adala. Baik tak payah pakai baju terus

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

perlu2 perlu sangat2.....sebab sekarang ramai yang suka pakai legging....

zulkbo berkata...

salam..
kalau bersopan dan menutup aurat apa lah salahnya kan..ada banyak sangat protocol yang menyusahkan manusia..


**FOLLOW follower selain blogger ada di sini Shah..

http://www.zulkbo.com/2010/08/tutorial-follow-follower-menggunakan.html

Sky0ne berkata...

kalau aku, aku suruh bukak lagi...kehkehkeh

Kuasai minda berkata...

Ada yang berpandangan, tatacara pemakaian adalah hak individu. Punya suka dia le nak pakai apa...!

Namun, kepada yang berpakaian 'punya suka kau tu', sila tolong kasihan sikit kepada orang lain yang terpaksa melihat setiap keindahan yang ada pada diri anda. Bagaimana pula dengan hak orang lain yang terpaksa menatap tatacara pemakaian seperti itu. Adakah adil jika anda sahaja mempertahankan hak pemakaian anda namun hak orang lain anda cabuli.

Oleh itu, secara mudahnya, eloklah semua orang berpakaian yang lebih sopan dan berhemah. Senang cerita, semua orang akan dapat kebaikannya....

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

Sangat wajar.

Apapun kempen peningkatan kesedaran ini perlu dari semasa kesemasa kerana ramai yang dah sedar tapi perlukan peningkatan kesedaran.

..::SangRatoo::.. berkata...

Salam Sahrom..saya pernah bekerja dengan Pej Tanah sebagai kerani sambilan dahulu dan biasa melihat panorama sebegitu..mmg itu saja cara yg kita buat dengan menegur secara berhemah.sepatutnya diri sendiri dah tau pakaian apa yg sesuai utk ke pejabat² kerajaan dalam urusan rasmi.

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sahrom,

Itu yang orang kata berpakaian ikut majlis (pada yang tak nak berpakaian cara islamlah).

khaifaiz berkata...

kalau untuk kebaikan.. apalah salahnya kempen dilakukan.. antara option utk ingt mengingati

makdara TERdiva berkata...

cth terdekat masa pergi mahkamah haritu..terang2 dlm surat suruh org yg ade kes pakai baju formal..bukan seluar jeans & t'shirt berkolar..punnnn masih ade yg tak reti2 nak ikut..tak taulah samada dorang tak baca pekeliling tu atau dorang buta hurup..haishhhh

akuanakpahang berkata...

Salam, Kita sebagai org Isalm kena tahu di mana aurat kita baik lelaki atau pun pompuan.. apalah jika berpakaian menutup aurat dan kemas sentiasa dan anggun :)
New Entry "Fasha Sandha tetap anggun."

- GC - berkata...

haha.padan muka cik tu.dh la kena perli, kena 'halau' lak tu.

Kakzakie berkata...

Salam sahrom,

Suka kakak cara teguran yg beretika itu. Bagus. Tempohari semasa hubby kakak beli buku di sekolah anak pun ada kejadian seperti itu. Tapi belum sempat melintas pagar dah kena tahan pak guard. Marah-marah last-last dia malu sendiri sebab ada sign-board siap dgn gambar lagi.....

aibaks berkata...

hmm... sekarang da moden kot bro..

nota kaki: aku jadi follower ko ke 300! de hadiah ke?

azzey berkata...

shahromnasruddin: etika dh terpampang...tp ramai yg saje buat2 terlepas pandang....huh!

Hanis MY berkata...

bagus jugak ada kempen macam tu sebab kat pejabat awam ni ramai budak2 makcik2 pakcik2 serta golongan lain yang selalu berurusan entahlah orang sekarang dah moden dan sgt pentingkan fesyen

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Ya, amat wajar diadakan kempen etika berpakaian dibuat memandangkan sekarang ni ramai yang pergi ke pejabat kerjaan tidak berpakaian dengan sopan dan beretika...

HonEyBuNNy berkata...

he2....kadang2 perli memerli tu bagus juga...untuk sedarkan seseorg..heheh

wahida berkata...

mmg sepatutnya nak berurusan dgn gomen kena ada etika berpakaian, saya sendiri pernah nampak, visitor masuk ke menara tmpt saya kerja ni dgn hanya berselipar jepun sahaja dan berseluar pendek, hello, ini bukan pasar malam okeh...amek ko, terus kena sound ngan cik guard...

nurkass berkata...

assalamualaikum sahabat..
adalah sangat wajar perkara ini dititik beratkan..bukan sahaja etika berpakaian, malah adab ketika bertutur juga perlu diambil kira..takde ruginya kalau kita turuti kerana kebaikannya pada diri sendiri..

Daddy Ziyyad berkata...

Sangat wajar dibahasakan sebegitu rupa.

Dan kalau si wanita itu ialah wanita melayu Islam, sila tambah dialog " cik agak agak api neraka tu berapa darjah celcius? "

:)

Citarasa Rinduan berkata...

salam..
sangat wajar diketengahnkan kempen kesedaran..
rasanya cik tu tak reti bahasa malayu/Engrish..mungkin beliau orang luar kot
hairan juga ada papantanda etika berpakaian, awat dia boleh terjah gitu jer......

kita nak ke pejabat kerajaan pun berbaju kurung, risau kalau pakai seluar pjg/baju thirt di halau pulang....

DiaUmaiNiNaz berkata...

ya la tuan, pakaian seseorang melambangkan keperibadiannya, tengok tempatla nak berurusan..ni tak, bangun jer tidur terus ke bank..haha itula yg dinaz selalu nampak kat bank-bank.. ekceli diorang ni nk kejar number giliran tu agaknya..

Lya Colours berkata...

asalkan menutup aurat kira ok la
tapi tgk la tempat jugak
kalau urusan rasmi, kene jumpa org atasan ke apa ke, ken la pakai formal jugak

mama ju, berkata...

Aslkm anakanda

Memang eluk sgt ada kempen kesedaran dlm berpakaian.
Wah respek lah kat org tu berani dia...

cikceriacorner berkata...

kesian orang tu..xpatut buat mcm tu

Sharinginfoz berkata...

memang perlu yalah takkan pakai seluar pendek dan selipar jepun nak pi pejabat

afeezz berkata...

salam sahrom : klu ade kod etika berpakaian pon belom tentu semua akan ikot. yg bole terima teguran takpelah macam 'cik' dalam cerita ni. klu yg kepala batu, mau bergaduh ngan pegawai tuh.. ape2 pon klu 'cik' tu bogel terus, sure dpt layanan lebih istimewa dr pegawai tu kan... hahaha

Amy Syaquena berkata...

Kain dah mahal kot tue yang dia sayang nak pakai banyak2 he3..

p/s: amy matikan right klik tapi awak boleh copy dengan tekan ctrl + c secara serentak dekat keyboard tue.. sebelum tue highlight dulu ok..

Myaby berkata...

saya pernah berurusan di dbkl pakai seluar jean dan kemeja. tu pon da rasa segan tp xde org tegur. hehehe.

mmg patot pon ada etika berpakaian kalo nk berurusan rasmi.

kiwi berkata...

perlu..dulu mse kt mtrix ad blajr etika berpakaian ^^

Umiey berkata...

mmg patut dibuat kempen etika berpakaian di mana2 agensi pun xkira la gov taupun swasta..minda org skrang terlampau termoden sgt..

Mila@Rimbun berkata...

emmm kekadang saya pon terlupa jugak tentang etika berpakaian utk ke pejabat kerajaan nii.. tp since saya ikut etika berpakaian islam (insyallah kini dan selamanya), rasanya tak pernah ler kena halau balik kan hihihi

Lulu caldina berkata...

kempen kesedaran?
bagus idea tu..

gadisBunga berkata...

mmg wajar. kdg2 rimas tgk org berurusan di kaunter kerajaan dgn pakaian macan nak pegi ke pasar. huh!

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

tudiaaa...kena trus...ha tu la lain kali tngk dulu kita pkai mcmana....rs2nya mcm kena buat kempen jg ni...sbb ada yg tak tau etika...

Kancilbiru berkata...

KB rasa kan, semua orang perlu amalkan berpakaian kemas dan beretika walau di mana saja berada..

so tak dak la susah payah bila jadi macam kes kat atas tu...;)

eelobor berkata...

memang betul harus berpakaian yang sesuai ketika berurusan secara rasmi. nie macam nak pegi pasar jer. buat malu jer. hihihi, tempat kawan pun pernah gak ada pelanggan yang kena sound dengan "orang lama"

Yati berkata...

Elok sangat dibuat kempen tu. Tengok sesetengah tempat dah ada, paparan etika berpakaian dalam bentuk papan tanda di pintu masuk. Bagus camtu. Jadi kalau ada yang pakai tak sesuai, dia orang tahu.

Miecyber berkata...

Baguslah pegawai tu....saya sokong tindakan nya..

Karikatur

IeDa berkata...

sgt perlu.. tidak hanya untk ke pejabat pejabat atau tempat rasmi tapi juga ke tempat awam atau lebih senang ckp ke mn sahaja..

Monalea berkata...

perlu ada.tapi kadang2x tu kakitangan kerajaan sendiri pun tak mengikut etika berpakaian yang betul.ketat sana sini. banyak kali dah jumpa.kadang2x mcm nak pergi berjalan je.

Monalea berkata...

perlu ada.tapi kadang2x tu kakitangan kerajaan sendiri pun tak mengikut etika berpakaian yang betul.ketat sana sini. banyak kali dah jumpa.kadang2x mcm nak pergi berjalan je.

Ati Masrif berkata...

salam sahrom,

lambat pula hari ni banyak urusan

rasanya memang sgt perlu
lagi bagus kalau di buat iklan
mcm kempen cegak nyamuk dlm tv yg kartun tu

biar yang masih tak tahu or buat2 tak tau
tu faham dgn jelas

Hirwan Ab Rahaman berkata...

SkyOne; kemain ko eh
Sahrom; aku ingat ko dapat manfaat apa. hehehe..

Tapi aku respek dgn pegawai tu. Syabas

Madey berkata...

Salam saudara sahrom

Etika dalam berpakaian rasanya..bukan di pejabat2 rasmi kerajaan sahaja..

tetapi di Hospital pon perlu berpakaian sopan

pakaian mencerminkan diri kita..

REPUBLIK N9 berkata...

tak guna kempen2... penguatkuasaan je terus

Amirrah Zawani berkata...

haha!! untung kamu sbb cik tu kena balik.. benda ni semua org patut tahu lah.. takkan etika pemakaian pun tak tau kot.. malu lah kan.. nak seksi pun biarlah bertempat.. :)

cik emymilia berkata...

Salam shahrom,

memang patut pun diadakan kempen etika berpakaian...ni dah macam nak pi picnic aje..heh!

eqbalzack berkata...

perlu diadakan sebab etika berpakaian skrg dah jauh menyimpang...
pakai tudung tapi pakai skirt paras lutut...mcmane tu?

Mknace berkata...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

aby berkata...

salam shrom ..
dalam ade peraturan berpakaian pun org masih bole terlajak ..
klu tk ade ..
lagi haru gamaknye...
terutama kaum cha ya nun alip ni ..
suka ambik mudah bab2 pakaian

ckLah@xiiinam berkata...

ckLah pernah menunggu di pintu pagar sekolah, mengawasi bekas2 pelajar yang hadir untuk menerima Anugerah. Bijak, tapi lemah dalam etika....meski dalam surat jemputan sudah diberitahu. Yang datang memakai seluar katuk dan skirt-mini, kami sudah sediakan persalinan baju kurung. Yang tak mau, kami suruh balik...salin.

ana berkata...

kat opis kak ana dh standby jubah ngan selendang...sian pulak nak suruh balik kan. tapi peg yg tegur tu memang berani :)

sissyira berkata...

salam

bagus pegawai tu tegur macam tu...


yang perempuan tu pula, tak malu ke?


dan kamu pun perhatikan dari atas sampai ke bawah yea? hehehehe

Afida Anuar berkata...

Kita sendiri patutnya lebih peka dengan etika berpakaian. Bukan tunggu orang tegur. Kan dah malu sendiri...huhu

ibuintan berkata...

perasan dirinya moden sangat agaknya sampai tak tahu etika berbaju yang sebaiknya bila berurusan secara rasmi

memang perlu etika berpakaian ni ditonjolkan, kekadang menyampah juga dengan segelintir penjaga yang datang ke sekolah, kita yang malu pulak dengan anak murid melihat pakaian mereka

white rose berkata...

assalamualaikum...

WAJIB...
WAJIB...
WAJIB...nikah...

eh, bukan...

WAJIB buat kempen tutup aurat skali...

miahahaha...

mie berkata...

berpakaian memang kena jaga etikanya..
biarlah bersesuaian

sahromnasrudin berkata...

# kepada semua para blogger: trime kasih kerana memberi komen...semoga kita semua berpakaian menutup aurat dan mengikut kesesuaian majlis dan tempat agar kita mudah sesuaikan diri...

FATIN MRAZ berkata...

pokoknya..
org itu sendiri.. kalo kempen pon, x sedar2 jugek.. payah kan..

ini sume kesedaran fizikk..eh silap..sivik.. ;)

aanie berkata...

kalau nak berurusan dgn pejabat kerajaan pakai la elok skit kan...bukan baju nak g clubbing..hehe...

bagus cara dia tegur tu...berhemah..

p/s: sy pun dah masukkan blog ni dlm bloglist sy...thanx...

Cik Ina minat Do do Cheng berkata...

dorang tahu, tapi buat tak tahu.kalau ditegur nak melenting.

niesz berkata...

berpkaian la mngikut syarak..ehe..

Tanpa Nama berkata...

Siapkan kain kat tepi pintu lif jadi bagi yg pakai x sopan tu...bolehlah arahkan diorang supaya pakai kain tu dulu...he..he..he

AkuMuzikFilem berkata...

haha padan muka perempuan tu, tak senonoh punya melayu. sepatutnya tak [erlu dah kempen2 ni, sendiri mau ingat la, dah blaja dulu2 kewajipan berpakian sopan, tapi kalau dah sampai tahap camni, perlu rasanya untuk menyedarkan minah2 yang keras kepala yg buka sana sini.

Related Posts with Thumbnails