Selasa, 4 Januari 2011

Berbicara Mengenai Azam...Apa Yang Kita Azamkan Sebenarnya????


Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga para blogger dirahmati Allah SWT..Layangan minda ku pagi ini berkenaan dengan azam. Mungkin ia agak lewat kerana kita sudah masuk hari keempat dalam tahun 2011 ini tetapi aku rasa perlu aku menulisnya.

Semalam pagi, ketika aku mengambil sarapan pagi disebuah kedai makan berdekatan dengan pejabat aku ini kebetulan di sebuah meja aku, ada dua orang sahabat sedang rancak berbicara mengenai azam. Aku dapat menangkap perbualan mereka kerana suara mereka yang agak kuat selain kedudukan meja yang dekat. Ikuti perbualan mereka berdua yang dikenali sebagai Harun ( bukan nama sebenar) dan Sani ( bukan nama sebenar)..(nampak nama pada kad pekerja mereka sebenarnya hehehehe)

Sani : Run, apa azam baru ko tahun nie..Takkan masih azam yang sama je???..


Harun : Ya, sani...aku masih gagal untuk berhenti merokok walau itulah azam aku sejak 5 tahun lepas. Payah gak untuk melarikan diri dari tabiat nie kan..Bukan senang, ni..Apa azam ko?


Sani : Sejak umur dah meningkat nie azam aku pun dah berubah la, run. Kalau dulu ya, azam nak kumpul duit banyak, nak tambah pelaburan, nak kerja kuat agar OT melambung tapi kini aku dah sedikit tersedar. Aku hari tuer ada dengar ceramah kat TV..Ntah rancangan apa ntah. Itupun anak aku yang bukak channel tue. Agaknya dia nak bagi bapak dia yang tua bangka nie sedar diri kot.


Harun : Ya ke, nier..Jadi, apa azam ko? Nak gak aku dengar..


Sani : Aku nak tambahkan bekalan aku di akhirat. Selama nie, bekalan dunia je yang bertambah. Aku nak tambah amal ibadat sunat walau sedikit tetapi berterusan. Sekarang nie, aku dah mula mengaji Al-Quran selepas maghrib. Aku nak berazam sehari aku nak baca sekurang-kurangnya sehelai ayat al-Quran. Mula sedikit dulu kan. Selain itu, aku berazam sekurang-kurangnya solat maghrib dan isyak aku mesti berjamaah kat surau yang tidak sampai 100 kaki je dari rumah aku tu.


Harun : Ya ke, ni..Lagi, sani..


Sani : Lagi 1, aku nak pastikan aku berjaya solat sunat dhuha sekurang-kurangnya 3 hari dalam seminggu. Lebih bagus tapi kurang aku cuba elakkan. Aku pernah dengar kata-kata motivasi dari Fadzillah Kamsah tu kalau kita nak tetapkan matlamat mesti ada kayu ukurnya. Sebab itu aku letak kayu pengukurnya supaya tak tergelincir.


Harun : Terharu aku dengar azam ko nie..Betul kata ko tue..Kita mula sedikit demi sedikit dulu kan..Tak boleh kata terus nak buat serentak. Selama nie, bile orang tanya azam je, mesti perkara keduniaan. perkara akhirat langsung terkeluar dari azam kita..Walau apepun, aku doakan semoga azam ko tercapai ya..


Sani : Betul tu, run. Sama2lah kita berdoa agar kita terus dibukakan pintu rahmat untuk istiqamah dalam beribadat kepada-Nya..oklah, jomlah kita masuk opis. kang bising bos kita nanti heheheh...

Kepada para blogger sekalian, apakah azam para blogger??? Adkah benar kata si Sani itu bahawa kita kerap melebihkan hal keduniaan apabila berazam berbanding hal akhirat. Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama.

56 ulasan:

- GC - berkata...

alhamdulillah, ni azam yang paling bagus dari azam2 yang biasa kita dengar.

zino berkata...

semuga kita pun mempunyai azam utk memperbaiki diri utk kebaikan ..

Kakzakie berkata...

salam sahrom,

Itu azam Harun dan Sani atau azam sahrom? Baik azam tu. Kita pun kena mencari kebaikan setiap masa.

Miecyber berkata...

Azam membawa kebaikanlah fokus kita...

Bahana dadah

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam
kita banyak berazam untuk kebaikan dunia
tak cari pun bekalan akhirat
kena tambah bekalan jugak nie

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

a'ah..btl tu..salunye azam saya bab2 keduniaan jek..mcm la bekalan akhirat dah cukup..huhuh..tima kasih krn buat n3 peringatan nih...
Azam nak mengupgradekan lagi amal kebajikan yang ade dan mengurangkan kemungkaran yg dilakukan..ewahhh

Finaz berkata...

betul lah... nak pergi haji pun bawak banyak bekalan ini kan pulak nak pergi akhirat yang abadi..

Lya Colours berkata...

azam saya nak tawennnnnnnnn
kuikuikui

afeezz berkata...

salam sahrom : azam aku tahun ni adalah tidak berazam. mmg tak berazam pun.... aku setuju ngan sani. selama ni kebanyakkan org berazam untuk duniawi jer, nak berhenti merokok konon, tp tak berenti2 pon. azam nak kawen la, tp tak kawen2. azam nak kumpul duit banyak, tp smpi sudah tak kaya2. klu azam untuk akhirat, insyaAllah bole carry forward thn depan

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

azam saya....nak utamakan tugas sebagai hamba Allah dan penjawat awam...yang memungkinkan saya kurang aktiviti berblog (?)...moga dapat direalisasikan.

cikceriacorner berkata...

alhamdulila..dunia dan akhirat seiring..:)

mama ju, berkata...

Aslkm anakanda

Hehe mama baru tulis hari apa yg nak dicapai,azam nak buat hari2 lepas tu gantung kat peti ais....mlm checklist kalau tak settle lagi bereskan..mama berdoa moga tercapai hendaknya.Amin.

Mama tau mama dh tua tapi kdg2 lupa!

Jalan kat i city tu memeng mcm tu..tapi kalau awal oklah...

Sharinginfoz berkata...

azam penting boleh bagi dorongan

Kamsiah berkata...

salam
bg akak,nak buat kebaikan,kebajikan..tak perlu tahun baru,buatlah ketika berkesempatan...ketika diberi peluang...kerana kita tak tau akan hidup sampai bila...

akuanakpahang berkata...

Azam juga macam angan2 (kalau tak dilaksanakan dgn betul)kalau tak de angan2 langsung tidak ada cita2. :)
New Entry "Jangan lembik, keras sikit..."

Ati Masrif berkata...

azam yang sgt baik

terbayang..camne sahrom tgh dgr celoteh
azam tu dgn kusyuk..hihi
mesti tak boleh makan

Myaby berkata...

saya berazam nak jadi kurus bole? hihi.

pastu kan nak azam cukup kan semayang. teheeeee...

Ain berkata...

moga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya....

dunia dikejar akhirat tidak dilupakan...

insyaallah..

mamawana berkata...

Azam nak tambahkan ibadah sunat.. Yg buat selalu tak mencukupi lagi rasanyer.

N a d i a berkata...

Azam itu bergantung pada diri empunya, pelaksanaan azam itu juga bergantung kepada tuan punya badan.

Seperti Harun tu, azam dia yang sama sejak 5 tahun dahulu tapi disebabkan dia tiada dorongan yang kuat (mungkin), tu yang menyebabkan tak terlaksana..

Azam seperti Sani jarang-jarang kita dengar, mungkin ada di antara kita yang mempunyai azam sebegitu tapi didiamkan dan ditanam dalam diri aja, nanti orang bilang kasi kecoh aja.. hehehe..

Harus contohi Sani, kalau tidak asyik fikirkan keduniaan saja.

Rakan-rakan yang lain, semoga azam 2011 anda terlaksana sebelum 31 Disember 2011 11.59pm.

(^_^)

Encik Sahrom, terrrpanjang lah pulak komenya. hihi

Amy Syaquena berkata...

azam amy nak dapat baby.. doakanye sahabat x nak kecundang lagi hu3...

eqbalzack berkata...

alhamdulillah azam 2010 terlaksana sudah...

azam 2011 ni nak siapkan PhD ni sebaik mungkin...insyaAllah...

aanie berkata...

ye la..dunia dah akhir zaman pun...kena la byk mengingati mati...

relevan berkata...

Berazam bilang tahun tapi tak pernahnya lepas..!

DiaUmaiNiNaz berkata...

Azim kawan sy nak tukar nama .kepada Azam dlm fbnyer.....apa kaitannya taktau lah...

eelobor berkata...

tak berazam sangat (bukan bermaksud takde target), tapi rasanya dah bersyukur dengan apa yang di hajati semuanya termakbul. apa yang tidak dapat di capai tuh mungkin ada hikmahnya Allah belum mahu beri lagi buat masa sekarang.

azieazah berkata...

Semoga turut sama memberikan kesedaran kepada kita semua.

Terimakasih berpesan-pesan.

SiNoMoSa berkata...

Salam Sahrom,

Tepuk dada tanyalah iman samada anda perlu berazam ataupun tidak..Tidak wajib dan tiada paksaan..namun perlulah diingatkan bahawa golongan yang BERJAYA ialah mana hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Sy tidak betah berkongsi azam sy dengan org lain. Namun azam sy terdiri dari pada duniawi, ukhrawi, jangka pendek dan jangka panjang iaitu yg perlukan usaha yang berterusan :)

Madey berkata...

salam sahrom

lain dari yang lain azam si sani tu..kebanyakkan hanya duniawi. tapi habuk pon takdak..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum sahabat..

Sepatutnya kita berazam bila tibanya tahun baru Islam bukan pada tahun baru masehi...tak gitu saudara!

Papa Mifz berkata...

wah entry yg menarik...tersedar kejap papa mifz..huhu yer la separuh org tu nak mencari kekayaan dunia ajer,kekayaan masa akhirat x difikirkan...
salam kenal dr papa mifz yer..

Bella berkata...

Tak berani nak berazam. Tapi cita-cita saya semuanya tercapai. Teringat Finaz kata masa malam awal Muharram tempoh hari. Kita dapat semua yg kita impikan tapi terlalu sedikit bersyukur (masa tu dia cakap ttg diri dia)

Lepas baca n3 ni, aku rasa lah apa yg dia cakap. Kalo bersyukur pada nikmat tuhan mesti kita tambahkan amal buangkan yg batil. But to change is a great challenge indeed..

white rose berkata...

assalamualaikum pokcik...

sy ade kawan nama AZAM...
dia tak la hensem mane...
dah kawin & bakal mendapat cahaya mate...

dulu2 slalu laa gaduh2 dgn dia, laa ni dah kawan2 biasa je...

AZAM TAHUN ni?

stiap hari sy BERAZAM mcm2...
semuanya dari buruk ke perkara baik...

tokeh besar berkata...

err....
azam tahun ni...melangsaikan azam tahun sudah...
azam tahun sudah...sama la azam tahun nih...

ckLah@xiiinam berkata...

Setiap hari..mengemaskan azam.

zulkbo berkata...

salam..
dah tahun baru ke..?
ermmm..azam apa tahun
lepas ye..?entah lah
Shah,saya memang tak pernah
nak buat azam mengikut tahun
baru..bila2 je..asalkan yang
menghendakkan saya ada target
pada sesuatu saya buat..kalau
tak dapat pun saya tak kecewa..

sissyira berkata...

salam

jangan berbicara tentang azam...hehehe

Citarasa Rinduan berkata...

salam

tergaman, terharu, tak sangka azam sani begitu..
tak terpikir dik akal mengejar akhirat..hanya tau yang penting2 dan bekalan ke sana sahaja

hingga lupa azam seperti sani

thanks mengingatkan saya..Allahuakhbar

Afida Anuar berkata...

Betul la sahrom..selama ni kalau orang tanya azam je, mesti berkisar hal-hal dunia. Jarang saya dengar orang yang azam dia tuk akhirat.....ada tapi jarang la..

REPUBLIK N9 berkata...

azam gua: nak baiki bacaan Quran gua via qiraat tujuh

gadisBunga berkata...

salam. saya punya azam nak lebih berhemah dalam berbelanja dan sumbangkan sedikit utk kebajikan.

lepas tu nak kurangkan hangout dgn kwn2 lelaki. tak berapa manis dah kot...kikiki~

insyaAllah...

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam

Daya tag en. Sahrom kali nie
hihi

http://celotehkubukankamu.blogspot.com/2011/01/giveaway-edy-awak-busuk.html

al-lavendari berkata...

azam saya hendak mengekalkan kesihatan.

teringat saya pantun tentang azam ni kat fb saya baru2 ini. mohon di kopipes di sini ..

tinggilah tinggi si matahari
anak kerebau mati tertambat
azam tahun lalu bawa tahun ini
azam tahun ini bila nak buat ?

HonEyBuNNy berkata...

betul juga kan...azam kena la seiring dunia n akhirat...;-)

Pencacai Alim berkata...

aku tkde azam dh..just mahu buat yg terbaik dgn yg terbaik apa yg ada disekeliling aku..hakhakhak

ibuintan berkata...

as salam shah,

kalau inilah azamnya, alhamdulillah..terlalu besarnya kelebihan solat dhuha

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Tak pernah berazam pun sebelum ni. Tahun ni hanya berazam untuk dekatkan lagi diri dengan anak-anak.

Takut tengok anak-anak zaman sekarang yang terlalu advance ...

Amy Syaquena berkata...

As'salammualaikum...

Melawat sahabat yang dari semalam tak nampak bayang pun.. busy ke? ok la kunjungan sebelum out station..hope tuan rumah sihat-sihat aje..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Sahrom,

Azam akak nak jaga kesihatan dan jaga makan supaya dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Kalau free, jemput ambik award di blog akak.

ab@h_Izz berkata...

memang tiap2 tahun berazam..berazam menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...

bunyi macam senang..tapi mungkin ia amat terlalu luas untuk dicapai..InsyaAllah

Pala Maldini berkata...

dah lama tak berazam.. sebab asyik melencong je sudahnya..

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

Mane menghilang nih?
Semoga sihat hendaknya.. :)

Kakzakie berkata...

Salam,

Kakak datang ziarah. Macam ada yg tak kena je. Azam tahun 2011 nak buat suspen ke? Sunyi rasanya....

MaizaC'Joe berkata...

betul la tu.. kesibukan hal duniawi buat terlupa pula.. nak menuju padaNYA kena ada bekalan.. Azam tahun baru InsyaAllah berusaha untuk lebih baik dalam segala hal, Perbaiki di mana kerosakan menambah semua kekurangan.. merubah kesalahan untuk lebih benar, untuk kehidupan yang lebih baik..

sahromnasrudin berkata...

# kepada para blogger semua: terima kasih kerana melayang minda disini..saya hormati semua pandangan tersebut..semoga kita semua mendapat manfaat dari perbincangan ini ya

Mr.IX berkata...

selamat tahu baru...IX tahun ni mcm xde azam sgt....

Salam blogwalking sini dengan sukahati-nya.....Jemputlah singgah ke blog saya gak yer....

Latest entry :
Jom Baca Cerpen Sulung karangan Blogger Ixbarr Sini..

\^__^/

Related Posts with Thumbnails