Assalamualaikum wbt para blogger semua. Alhamdulillah, kita telah berjaya jua mendakap Piala AFF Suzuki malam tadi setelah cakaran sang harimau berjaya mematahkan sayap sang garuda dan terus menyebabkan garuda terkulai layu heheheeheh...Alhamdulillah, 31 Disember 2010 juga adalah cuti umum bagi negara kita bagi merayakan kemenangan yang sungguh bermakna ini. Tamatnya Piala AFF Suzuki ini maka bermulalah lembaran baru bagi skuad negara kita. Bagi merancakkan kemenangan kita pada malam tadi kutitipkan beberapa coretan sepanjang kejohanan ini berlangsung :-
- Malaysia adalah negara keempat dikalangan negara di Asia Tenggara yang berjaya memahat sejarah mendakap Piala Suzuki ini ( dahulunya Piala Tiger) setelah Thailand, Singapura dan Vietnam.
- Safee Sali dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 5 gol tetapi tiada satu gol pun beliau jaringkan di peringkat kumpulan.
- Malaysia memulakan dan menutup perlawanan pada kejohanan ini dengan kekalahan dan kekalahan itu adalah pada pasukan yang sama (iaitu Indonesia ) dan di gelanggang yang sama iaitu di Stadium Gelora Bung Karno ( 5-1 pada perlawanan pertama dan 2-1 pada perlawanan terakhir)
- Indonesia menang kesemua perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno termasuk pada perlawanan terakhir malam tadi tetapi kekalahan mereka di luar gelanggang ini ( 0- 3 di Bukit Jalil) menyebabkan mereka terlepas Piala AFF Suzuki ini untuk kali keempat.
- 1/4 atau 4 pemain dalam kesebelasan utama skuad Piala AFF Suzuki 2010 kali ini adalah datang dari skuad Liga Super Selangor iaitu Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim, Amirul Hadi Zainal dan Safee Sali.
- 3 pemain yang kesemuanya pertahanan adalah datang dari skuad Harimau Muda A yang mendapat pendedahan di Slovakia iaitu Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli. 2 pemain datang dari skuad Liga Super Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha serta masing-masing seorang datang dari skuad Liga Super N. Sembilan dan Perlis iaitu S. Kunalan dan Amar Rohidan.
- Walaupun Safiq Rahim adalah Ketua Pasukan pada Skuad Piala AFF Suzuki 2010 kali ini beliau bukanlah Ketua Pasukan Skuad Liga Super Selangor sebaliknya Amri Yahya ( yang hanya masuk sebagai pemain gantian) adalah Ketua Pasukan Skuad Liga Super Selangor.
- K. Rajagobal membuktikan jurulatih tempatan adalah yang terbaik setakat ini di rantau Asia Tenggara kerana di kalangan 4 pasukan yang melangkah ke separuh akhir kejohanan ini, hanya beliau adalah jurulatih tempatan.
SYABAS MALAYSIA..
SYABAS HARIMAU MALAYA..
BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA...
ESOK CUTI UMUM 1 MALAYSIA












