Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...!!!
Salam para blogger semua,
Seperti kita ketahui, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap orang Melayu yang tidak lagi megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia.
Baginda juga melahirkan kebimbangan akan golongan yang berhijrah ke negeri itu yang cuba menggangu gugat akan keamanan dan kemakmuran yang selama ini telah dinikmati oleh negeri termaju di Malaysia itu.
Pada pandangan aku, titah baginda ini amat bertepatan sekali dengan suasana politik yang tidak pernah padam dari bumi Malaysia yang kita cintai ini. Sebagai rakyat Selangor, aku menyokong penuh titah DYMM Sultan Selangor ini. Aku sungguh hairan dan pelik dengan sikap sesetengah ahli politik yang tidak habis-habis berpolitik. Cukup-cukuplah berpolitik. Marilah kita sama-sama hidup dibawah satu bendera Malaysia dan membangunkan negara tercinta Malaysia ini.
Aku mengajak para blogger semua untuk sama-sama renungkan persoalan yang aku titipkan di bawah ini:-
p/s; semoga blog aku tidak diISAkan atau permitnya ditamatkan tempoh huhuhuhu...

- Adakah negara kita ini terlalu mengongkong sehingga kita tidak boleh langsung bersuara atau menyatakan pandangan dan pendirian masing-masing???
- Adakah perkhidmatan awam kita ini terlalu teruk sehingga kita tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya kita dapat???
- Adakah rasuah di negara kita ini terlalu kritikal sehingga semua urusan kita perlu "membawah mejakan" wang tersebut ???
- Adakah kita dihalang untuk beribadat, corong laungan azan kita terpaksa diperlahankan dan baca al-Fatihah ketika solat jamaah berlangsung hanya boleh di dengar di pembesar suara dalam dewan masjid / surau sahaja???