Salam blogger semua..Semoga para blogger semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniaan kesihatan yang baik dari Allah SWT..Sesungguhnya ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki kita hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui..Terima kasih kepada Cikgu Ahmad Humairi kerana menghantar komen dimanakah aku menghilang kerana lama tidak melayang minda..
Para blogger sekalian, aku telah mengambil cuti kecemasan selama 3 hari dan berakhir semalam kerana aku mendapat perkhabaran pada petang Ahad bahawa adik iparku telah kembali mengadap Yang Maha Esa..Lalu, aku dan istriku bertolak pulang ke kampong di Kota Kuala Muda, Kedah pada petang itu juga..Adik iparku iaitu Allahyarham Mohd Rafi Bin Abd Rahim telah meninggal dunia pada waktu Zohor 26 Sep 2010 bersamaan 17 Syawal 1431H dan dikebumikan pada malam itu juga..Allahyarham meninggal dunia kerana sakit ketumbuhan pada otaknya atau ringkasnya kanser otak. Allahyarham telah mula dikesan mendapat penyakit ini pada April 2009 yang lalu dan impaknya arwah telah menjalankan beberapa pembedahan termasuk yang terakhir sebelum Ramadhan yang lalu..
Allahyarham yang dilahirkan pada 6 Disember 1984 dan berumur 25 tahun adalah seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat Laskar Udara..Selepas menghabiskan pengajian STPMnya, beliau diterima berkhidmat sebagai pelatih kadet tentera udara dan menjalani beberapa latihan di PTU Butterworth.Selepas tamat latihan, beliau dihantar untuk berkhidmat selama 2 tahun di Pangkalan Tentera Udara ( PTU) Labuan Sabah..Pemegang kad pengenalan tentera bernombor T 725111 ini dikesan mengidap ketumbuhan di otak ketika berkhidmat di PTU Labuan dan sering mengadu kepada pegawai atasannya dia sering sakit di bahagian kepala.
Natijahnya, pada April tahun lalu beliau diarah untuk menjalani pemeriksaan perubatan lanjutan termasuk MRI di Hospital Angkatan Tentera Lumut di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Beliau yang diluluskan oleh ATM untuk Cuti Sakit Bergaji Penuh selama 2 tahun kemudian disahkan mengidap penyakit itu dan diarahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan lanjutan termasuk kemoterapi.
Semasa dalam tempoh menjalani rawatan, pihak ATM memantau tahap kesihatannya dengan cemerlang sekali dan sering menyusul termasuk menghantar pegawai khas untuk menjaga kebajikannya berulang alik dari hospital ke rumah semasa salam tempoh rawatan..
Akhirnya, selepas lebih setahun beliau menghidap penyakit ini dengan beberapa sessi pembedahan yang telah dilakukan, ternyata Allah itu Maha Besar dan lebih menyayangi arwah. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada waktu Zohor 26 Sep 2010 disamping kedua ibu dan ayah mertuaku. Serentak dengan itu, pihak ATM khususnya TUDM yang menerima perkhabaran sedih ini telah menghantar sepasukan pegawai seramai kira-kira 40 orang dan diketuai oleh seorang pegawai dari pihak KAGAT untuk menguruskan jenazah serta mengebumikannya mengikut adat istiadat rasmi ketenteraan termasuk menyelimuti keranda arwah dengan Jalur Gemilang dan bendera rasmi ATM.
Kami sekeluarga begitu terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak ATM khususnya TUDM..Arwah diuruskan sepenuhnya opeh pihak tentera sehingga apabila Jalur Gemilang dan Bendera rasmi Tentera menyelimuti kerandanya kami begitu sebak dan tidak mampu lagi untuk menahan titisan air mata atas pemergian seorang wira negara.
Di kesempatan ini, aku bagi pihak ayah mertuaku melalui blog yang tidak seberapa ini, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dari ATM khususnya dari Pangkalan Tentera Udara Butterworth yang diketuai oleh Kolonel Mohd Yazid yang datang dengan anggotanya untuk menguruskan jenazah sehingga mengebumikannya mengikut pengebumian rasmi seorang tentera..Semoga kalian semua dirahmati Allah SWT dan urusan kalian dipermudahkan..Aku juga ingin menyeru kepada para blogger sekalian untuk menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adikku Mohd Rafi Bin Abd Rahim..Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang beriman..Amiinn...