Khamis, 2 Disember 2010

Hospital Swasta & Hospital Kerajaan...Wajarkah Perbandingan Dibuat???

Salam ziarah para blogger semua..

Sepanjang minggu lalu, isu yang hangat diperbincangkan baik di kalangan media elektronik mahupun media 'bawah tanah' adalah isu caj hospital swasta yang melampau dan seakan-akan tidak masuk akal.

Pelbagai perbandingan dibuat dan pelbagai gesaan diminta sehingga ada yang meminta pihak kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan agar mengawal caj yang dikenakan oleh hospital swasta ini sehingga ada suara-suara sinis meminta kerajaan mengambil alih operasi hospital swasta di negara kita.

Pada pandangan aku, tidak sewajarnya perbandingan dibuat antara caj hospital swasta dan hospital kerajaan. Jika perbandingan dibuat, ia ibarat membandingkan kokokan ayam dengan ngauman anjing yang sudah tentu bunyinya pasti berbeza dek fitrahnya sendiri sudah berbeza.

Sumber kewangan antara kedua-dua hospital ini juga sudah berbeza dan sudah tentulah caj yang dikenakan berbeza. Jika kita tidak mampu, tidak perlu kita ke hospital swasta sebaliknya bersabarlah menunggu giliran kita di hospital kerajaan. Isu yang sebenarnya adalah kita hendak mendapatkan perkhidmatan yang cepat dan cekap tetapi mentaliti kita adalah hospital kerajaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan itu.

Menunggu untuk berjumpa doktor selama 2 jam sahaja sudah membuatkan kita tidak sabar maka kita beralihlah kita ke hospital swasta yang tempoh menunggunya lebih pendek selain perkhidmatan yang lebih cekap. Selain itu, tempoh menunggu untuk temujanji seterusnya di hospital kerajaan sahaja mencecah 2-3 bulan berbanding hospital swasta dimana kita boleh menetapkan sendiri tarikh temujanji seterusnya.

Perlu diingat, tempoh menunggu yang agak lama ini disebabkan oleh hospital kerajaan mengalami kekurangan doktor yang agak serius. Jangan terperanjat jika kita mendapat tahu bahawa doktor di hospital kerajaan ada yang bekerja sehingga 15 jam sehari merawat pesakit tanpa henti. Itu belum lagi dikira doktor pakar dimana hospital kerajaan tertentu sahaja yang ada doktor pakar disitu.

Kesimpulannya, ia bergantung kepada diri kita sendiri. Jika kita mampu dan memang tidak sanggup menunggu, kita pergilah ke hospital swasta dan jika sebaliknya kita tunggulah di hospital kerajaan. Janganlah kita mengimpikan perkhidmatan yang cepat dan cekap tetapi hendak membayar kos yang minimum. Ukur baju di badan sendiri tapi kalau badan dah naik montel, cepat-cepatlah cari baju yang lain heheeheheh...

Kepada para blogger sekalian, pernahkah para blogger mendapatkan perkhidmatan baik di hospital swasta mahupun kerajaan? Apakah kebaikan dan kekurangan kedua-dua hospital ini? Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama.

59 ulasan:

Suliana berkata...

betul tu. x boleh dibandingkan mcm tu. masing2 ada pro & kons. saya pernah ada experience kedua2 nya. tapi kbykkan pegi kjaan je, ok apa :-)

kakcik berkata...

Kakcik pernah mendapat rawatan dan layanan di kedua2nya - kerajaan dan swasta. Tapi, rasanya - baiklah kakcik simpan sahaja dahulu segala perbezaannya. Tak adil kot untuk membanding2kan kerana duit yang kita keluarkan pun tidak sama jumlahnya! :)

Lya Colours berkata...

masa ayah saya sakit buah pinggang dulu, dia ada dapatkan khidmat nasihat dari hospital swasta
and ada la sorang doktor cina ni yg jadi doktor penasihat ayah sy
kos dia mmg agak mahal tp puas hati
tapi bila ayah saya kene masuk hospital, ayah saya pilih nak masuk hospital swasta tuh, tp doc penasihat tuh sdri ckp "u x payah membazir duit la masuk hospital ni. u pergi terus hospital kerajaan". sebab hospital swasta ni kadang2, bila dia x dapat buat 1 kes tuh, dia tetap akan tolak ke hospital kerajaan kan.
so kita fikir la yg mana tebaik dan mampu untuk kita

deena farhana berkata...

slm..

sy memandangnya dr sudut lain, mungkin inilah masanya kerajaan memperbaiki lg servis dan mutu layanan hospital kerajaan supaya ia menyamai servis hospital swasta.

lagi rakyat akan rasa lebih gojes! tabik sama kerajaan:)

khaifaiz berkata...

Memang tak patut dibandingkan en. Sahrom.. Fhm2 la kalau staff hospital kerajaan ni.. agak kureng n sambil lewa.. tapi tak semua la. sekurang2nye kalau ada hospital swasta memberikan pilihan kpd rakyat.. kalau dah tahu tak mampu tu jgn la gi swasta.. for another option.. insurans kan diri kita.. (aku pn xde insurans ag nih, belum berkemampuan ag.. hehehe)

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Pernah menjaga Along yg dimasukkan ke wad kanak2 hospital KL 9 tahun lepas.
Pernah bersalin dihospital swasta ketika melahirkan ketiga2 orang anak.
Pernah menjalani operation appendiks di hospital swasta.
Pernah menjalani operation tonsil di hospital swasta..
Pernah menjaga Along di hospital swasta baru-baru ni.

Kesimpulannya...semua makanan yang disediakan tak kira swasta atau kerajaan memang sedap !!

al-lavendari berkata...

analoginya serupalah macam kita minum kopi "o" kat gerai dengan di hotel 7 bintang.

jangan komplen, kalau haraga kopi "o" di hotel 7 bintang tu mahal.

tetapi jujurnya saya rasa perkhidmatan kesihatan sepatutnya diberikan percuma kepada rakyat yang membayar cukai .. tidak ada hospital kerajaan atau swasta. ia adalah t/jawab kerajaan kerana ia adalah perkara asas sama seperti menyediakan kemudahan pendidikan dan keselamatan.

::FAIZ FARISH:: berkata...

hospital swasta ok kot.... cantik skit. hehehe

sha berkata...

Hospital swasta > untuk yang berduit dan tak sayang duit..

Hospital kerajaan > untuk yang tak berduit dan sayang duit..

Myaby berkata...

bayar mahal, hasil puas hati. kalau bayar murah hasil puas hati jugak tapi terpaksa tunggu lama camne ek?

hihi
^_^

sahromnasrudin berkata...

# suliana: terima kasih bertandang ke sini...


# kakcik: semoga pengalaman mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital akan menyebabkan kita bersyukur kita masih sihat


# lya colours: ya..kiter fikirlah mana yang terbaik untuk kesihatan kita

sahromnasrudin berkata...

# deena farhana: as salam kembali..ada benarnya kata-kata awak itu..mungkin servis perlu dibaiki lagi


# khaifaiz: pandangan sdra saya hormati...semoga ada penambahbaikan...


# azrina 0307: as salam..memang hebat pengalaman akak tue..syabas!!!

sahromnasrudin berkata...

# al-lavendari: as salam tuan haji..pandangan tn hj sy hormati..semoga pandangan tn hj ini akan diambil perhatian serius oleh kerajaan..rakyat didahulukan..


# faiz farish: ape yg cantik??? hehehehe


# sha: memang tepat komen hang tue...itulah pointnya heheheh


# myaby; terima kasih berkunjung ke blog saya..semoga berkunjung semula ya

Myaby berkata...

insyalah

saya memang suka blogwalking baca pendapat orang

hihi ^_^

HonEyBuNNy berkata...

terpulang pada individu pilih hospital kerajaan or swasta...bagi ila..ila prefer swasta...even though mahal sedikit...layanan pn terjaga....yala...napa pun swasta...bayar mahal2...

piewahid berkata...

salam sahabat,
t kasih krn sentiasa mnyokong saya.

ssh nak komen sbb mmg melibatkan pro & kontra dan pjg pbincangannya. apa yg penting kita hrp mutu pkhidmatan dpt dipertingkatkan kerana ianya melibatkan kebajikan semua pihak.

selain itu hospital kerajaan perlu meningkatkan kualiti dgn meningkatkan jumlah doktor dan doktor pakar yg setanding antara hospital bandar besar dan kecil. kasihan kami yg tinggal kat bandar2 kecil ni jika sentiasa jadi spt 'tikus makmal' akibat malpractise.

zulkbo berkata...

salam...
saya setuju dengan Tuan Hamzah tu,sebaiknya kemudahan kesihatan di negara kita di satukan semuanya ke taraf yang terbaik..bab hospital swasta pula kerajaan sepatutnya mewajibkan semua rakyat membeli insurance kesihatan seperti di negara eropah,jadi syarikat insurance boleh cover perbelanjaan di hospital swasta..mentaliti orang kita juga anak nak kerja doktor,bila gaji kecik kita galak dia kerja hospital swasta..bagaimana tak kurang doktor di hospital kerajaan.????

sahromnasrudin berkata...

# myaby; terima kasih berkunjung kembali...semoga perbincangan ini bermanfaat


# honeybunny: ada benarnya pendapat awak itu..terpulang pada kemampuan masing-masing..


# piewahid: saya setuju tang doktor itu..hospital di daerah yang kecil sering tiada daoktor pakar untuk merawat..semoga masalah ini dapat diatasi

nurkass berkata...

salam..
tak boleh nak dibandingkan..mmg jauh perbezaannya..siapa yg mampu pergilah swasta..cuma perlukan kesabaran dari segi masa dan panas telinga kalau gi kerajaan nih..

sahromnasrudin berkata...

# zulkbo: as salam abg zul...itulah faktornya doktor di hospital kerajaan makin menyusut kan..semoga ia tidak terus berkurang sebaliknya bertambah..


# nurkass: as salam kembali..huhuh..sabar masa dan telinga yang tak tahan tue huhuhuhu...

cemomoi berkata...

kita kena rasional terima hakikat yang murah ni susah la sikitkan, bila jadik tumpuan tentu amik masa kena beratur la...

cuma swasta perlu ada kawalan jangan jadik cam bengkel keta sesuka ati nak letak harga, tanah dan perumahan pon kekadang sampai tak masuk akal hingga beban terpaksa la kita tanggung... bonus dah la sengkek

velasrizal berkata...

letih la menunggu kt hopst gov tp private mahal lak plak

Story Anda Pesaing Gengblogger ?

ibuintan berkata...

salam,

adatlah antara yang bayar mahal dengan bayar sikit atau free mesti ada perbezaannya..

sama juga ukur kehendak hati dengan kemampuan sendiri

Ati Masrif berkata...

salam.

mmg tak patut bandingkan

kalau rasa mampu ..telah pergi pun
buat rawatan..jgn komplen pula

dah namanya swasta..semua tanggung sendiri..pastilah mahal.

gadisBunga berkata...

sebenarnya kita kene faham situasi...

doktor kerja 15 jam tanpa henti sama bahaya dengan memandu 15 jam tanpa henti.

uish!

Cik SHiNJU berkata...

Salam...

erm..saya tgk hospital kjaan ok jer..xtau la plak kat wad biasa kot2 layanannye lain plak..
Hospital swasta memang mahal...Tapi kalau mampu ape salahnye..Biasalah kan,org byk duit sentiasa nakkan yg terbaik,org x berduit plak xde pilihan..Tak wajar dibandingkan sama sekali..

Cik SHiNJU berkata...

Lupe nk gtau,saya dah dapt lepat ubi yang saya idamkan tu.. :D

Rozali berkata...

Assalamualaikum Sahrom

saya ...
hospital kerajaan ajer
almaklum tak mampu bayar..he he

Wassalam

eqbalzack berkata...

kalau dibandingkan, hospital kerajaan mmg jauh ketinggalan...
yg tak tahan kerenah birokrasi...

School Of Tots berkata...

Life is about choices...

Saya anak 3 org, wife bersalin kat hospital kerajaan. Anak pertama kena bayar RM45, anak kedua RM18, anak bongsu RM600. Alhamdulillah selamat dan sihat2 semua.

Kawan saya bawak wife dia operate appendix kat Ampang Puteri baru2 ini. Warded 3 malam. Kena bayar RM10,500.

So again, its about choices. No point barking the tree.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Saya tak pernah ada pengalaman masuk hospital. Bagi saya tidak wajarlah dibandingkan. Namun, kedua-duanya hanya alat untuk kita manusia berusaha merawat penyakit. Tanpa izinnya dari Allah kalau pergi ke hospital secanggih mana pun penyakit tak bisa sembuh. Yang penting usaha, sabar dan berdoa, selebihnya berserah kepada Ilahi.

Wallahu'alam

Sharinginfoz berkata...

memang tak boleh dibandingkan tapi yang penting swasta jangan charge terlalu mahal sudah

hysman berkata...

dulu keje swasta kena hantar ke penawar, mahal tp berbaloi...
skrg keje gomen kena hntar ke hsa,murah tp menyeksakan..
tp itulah realitinya...
nk selesa pay more,nk murah mkn pon tak selera.... ikan jaket??

akuanakpahang (AAP) berkata...

Mahu yang terbaik pasti ada caj sepadan dgn perkidmatannya. Mahu yang free masti kurang sikitlah bagusnya tau ajelah bender free apa hakikatnya. apapun kadar caj drp klinik swasta nie terkadang mmg tak telus diakal langsung.

HASRUL NIZAM berkata...

Salam ukhwah dan salam ziarah :)

Hmm saye setuju sangat2 ngan entry saudara ni, terpulang pada kita utk gune khidmat swasta atau kerajaan, tepuk dada, tanya selera dan tanya kocek masing2 he3

Afida Anuar berkata...

Salam sahrom...

Saya rasa dari segi bayaran tu, memang patut kut sebab hospital kerajaan sudah tentulah mendapat bantuan dari kerajaan, hospital swasta?

Cuma kakitangan hospital kerajaan, mungkin boleh baiki sedikit mutu khidmat dan layanan yang diberikan. Ye la, mentang-mentang bayarannya murah, dibuatnya kerja sambil lewa dan layanan pula kurang memuaskan. Saya rasa disebabkan ni kut ramai yang berkemampuan memilih hospital swasta dimana layanannya lebih mententeramkan jiwa...waAllahualam..

ana berkata...

lebih suka pergi hosp kerajaan klu ada masalah berat...cth suspek H1N1 or nak bersalin. hosp swasta g klu sakit ringan...percaya dgn kreadibiliti hosp kerajaan lagi. :)

sahromnasrudin berkata...

# cemomoi: benar itu..yang penting ada sedikit pengawalan dan tanggungjawab sosial..


# velasrizal: nak buat camna..itulah realitinya


# ibuintan: benar pendapat ibu itu...

sahromnasrudin berkata...

# ati masrif: memang sewajarnya tidak perlu dibandingkan...


# gadisbunga: patutlah doktor hospital kerajaan tension memanjang...


# cik shinju: "kalau mampu apa salahnya..."benar itu..tetapi jangan plak komplen aku servis kat kerajaan tak cepat kan


# cik shinju: mesti puasa dapat rasa lepat tue kan

sahromnasrudin berkata...

# rozali: waalaikumussalam atuk..sama la kita..sayang duit kan hehehehe


# eqbalzack: siapalah kerajaan tanpa birokrasi..


# school of tot: semuanya atas nama pilihan..

sahromnasrudin berkata...

# abd razak: waalaikumussalam..terima kasih atas pandangan sdra itu.. hanya kepada Allah kita memohon...


# sharinginfoz: semoga caj yang dikenakan private lebih berpada-pada


# hysman: ikan jaket tue ikan apa???

sahromnasrudin berkata...

# akuanakpahang: mungkin caj mereka untuk membiayai sewa premis mereka yang sudah pun mahal huhuhuh


# hasrul nizam: kalau kocek kembung, kita pi la swasta kan hehehhe


# afida anuar: semoga hospitl kerajaan akan mempertingkatkan lagi servis mereka biar lebih bermutu


# ana: tahniah!! akak masih percaya kepada kredibiliti hospital kerajaan

ikan emas berkata...

Msia negara demokrasi..sesiapa nak kaya bukaklah apa aje bisnes termasuklah hospital tp jangan lupa disamping mencari keuntungan mereka perlu ingat tanggungjawab sosial tak ler sampai melantik doktor yg tak der tauliah..
sy percaya ada ramai lagi lulusan Kolej HA Sban tu yg menyamar jdi doktor.

IE snd ada pengalaman yg buruk dgn klinik swasta di tengah-tengah bandar seremban ni. kononnya nak berurusan dgn doktor perempuan tp hempeh!! dan marah sgt dn x pegi lagi ke situ.

wbp hingga skrg IE masih senang berurusan dgn hspital swasta ..kat seremban pun nampaknya makin byk ..pilih ajelah mana pegi ikut kemampuan dan keselesaan..

Kakzakie berkata...

Salam sahrom,

Pengalaman terbaru kakak. Pergi hospital k'jaan cuma bayar RM 1/- dan hanya ditekan-tekan perut, ambil BP lepas tu balik dgn bekalan ubat foc.

Tak sembuh. Pergi specialist serius check-up on the spot. Puasa, ambil darah check x-ray, detech, terus masuk wad. Selesai. Bill keluar RM 4 angka. Tapi alhamdulillah sembuh.

IMANSHAH berkata...

Sahrom

aku tak pernah pun mendapat rawatan di hospital swasta buat masa ni ...alhamdulillah, bukan nak takbur. Setakat ni aku selalu ke klinik.Nak ke Hospital Besar pun malas sebab terpaksa menunggu lama. Tapi org kata sediakan payung sebelum hujan. Aku ada pakai insurans kesiahatan...

Miecyber berkata...

Kalau hospital swasta kosnya tinggi, ianya mampu di kunjungi oleh orang yang berada jer.Orang susah cam mana pula?

sahromnasrudin berkata...

# IKAN EMAS: as salam..kalau ada la doktor yang menyamar, kne pi lapor nie...kalau tak, dia naya pesakit je huhuhuh


# kakzakie: as salam kemnali kak..semoga pengalaman akak itu akan membuat kita berfikir mana yang lebih baik


# imanshah: mmg hang nie orang yang pikiaq masa depan..tahniah!!!

KiD berkata...

salam ziarah.. terima kasih atas kunjungan.. dan ini jugak kunjungan pertama.. :)
hospital, pilih lah yang terbaik..

Finaz berkata...

Soalnya sekarang kpd entri ini adalah bukan kita boleh memilih tetapi bagaimana jika sewaktu kita sakit dan kita tak boleh memilih... ok contoh:

Ali kemalangan dan cedera parah..serta kehilangan banyak darah. Org ramai membantu dgn mghantar ke hospital terdekat. So happened yg terhampir adalah hospital swasta. Polisinya adalah pay first. Cash or Card. Takde cash dan takde card pada waktu itu. Dan kita pun tahu dlm tempoh 8minit pendarahan seseorg itu boleh mati. Dan memang mati lah sebabkan isu tak perikemanusiaan ini. Dimana wang melebihi dari nyawa... Salah siapa? Salah hospital swasta tu ker? Kalo salah dia, bagaimana pula dgn kementerian kesihatan (government) yg meluluskan penubuhan dan polisinya? Salah mangsa ke sebab kemalangan? Itu takdir. Then salah Tuhan ke? No right. God gave us options. And more he gave us guidelines. Tak ada satu sistem yg dapat menandingi sistem Islam.
Maybe for some people, alahhh finaz besar-besar kan isu yg kecil. Wait until it happen to u thn u know how it feels like to lost someone hanya kerana masalah ini. Sebab saya dah rasa and it hurt!

a.samad jaafar berkata...

salam kenalan.. belumsempat baca secara teliti krn mengejar masa.. insyaallah nanti saya dtg lagi.. cuma nak follow.. jika sudi jemput ke blog saya.. kalo berkenan..jemput follow saya ye..

Dilema Si Tangan Basah berkata...

saya selalu ke klinik kesihatan kerajaan. kena pandai pilih masa jadi x perlu tunggu lama.

Amy Syaquena berkata...

As'salam..

Amy rasa x patut kalau kita nak buat perbandingan , kedua2nya mempunyai kelebihan dan kedua2nya menpunyai kelemahan tersendiri , amy pernah mendapatkan rawatan di kedua2 hospital baik kerajaan mahupun swasta, so far x de masalah lagi kalau ada pun x de la berat mane pun..still boleh bersabar..

sahromnasrudin berkata...

# miecyber.:..resam dunia..yang susah makin susah...


# kid: betul tue...


# finaz: as salam..pandangan akak ada benarnya itu..saya hormati..semoga ia menjadi pengajaran paling berguna untuk kita semua...

sahromnasrudin berkata...

# dilema si tangan basah: org kata awal pagi tak sesak..betoi ka???


# a. samad jaafar: trime kasih..sy folo kembali...


# amy syaquena: as salam..awak memang kategori manusia yang penuh kesabaran..syabas!!!

SiNoMoSa berkata...

Salam ziarah Sahrom,

Sy setuju antaranya tidak boleh hendak dibandingkan..
Adakala sy rela mengeluarkan sejumlah wang dek kerana tidak mahu lama menunggu huhu di klinik2 kerajaan..
Namun, bg sy..sepatutnya penjawat awam diberi sedikit kemudahan berbanding dgn orang awam..sebagaimana hospital swasta yang menjadi panel kpd badan2 swasta..alangkah baiknya jika keutamaan rakyat didahulukan..

ainhany berkata...

Salam shahrom,

apa nak kata?
inilah harga yg perlu rakyat dibayr utk sesuatu perkhidmatan.Dulu kita takde pilihan dan tak boleh buat bandingan. Tapi kini...
\
Memadailah mmbandingkan sesama hspital2 swasta yg ada. kenapa harga berbeza?? Ini yg perlu diperhatikan..setakat bilik dan fasiliti itu bukan kita mahukan tetapi kualiti ubt dan rwtan itu yg diperlukan.
Fikir-fikirkan

::..Dia daYa..:: berkata...

Salam,
pilihan di tangan kita..
22 ada kebaikan dan keburukan
sendiri pilih ikut saiz baju sendiri laa kan macam en. sahrom tulis saya sokong

pengalaman tunggu berjam-jam tu biasa dah...
doktor pun manusia jugak

sahromnasrudin berkata...

# sinomosa: as salam syima..sy setuju awak cdg penjawat awam patut diberi sedikit kemudahan untuk mendapat khidmat di hospital kerajaan..mungkin, perlu ada kaunter khs untuk penjawat awam kan...

# ainhany: as salam kak...mungkin betul tue...hospital swasta mengenakan caj yang ebrbeza untuk perkhidmatan yang sama..tiada standardisasi

# dia daya: pengalaman tunggu berjam2 tue yang buat orang tak sabar kan huhuhuh

Pencacai Alim berkata...

wajar kalu tgk fr servis

Related Posts with Thumbnails