Salam blogger semua..
Aku minta maaf kerana mungkin layangan mindaku kali ini sesuai untuk dibaca oleh kaum Hawa. Walau bagaimanapun, kaum Adam juga boleh membacanya kerana klasifikasi U masih digunakan untuk blog ini heheheeh...Kalian pernah rasa atau makan Biskut Seroja??? Atau kalian tidak pernah tahu apa itu Biskut Seroja? Jika tidak tahu, boleh melawat Karnival 1 Halal 1 Malaysia atau Kancilbiru.
Pagi tadi, ketika aku merayau-rayau mencari rezeki, aku berkesempatan singgah ke premis pengusaha Biskut Seroja ini. Kesempatan tersebut kuambil dan aku snap beberapa foto mengenai pembuatan Biskut Seroja yang amat renyah ini. Walau bagaimanapun, biskut ini memang sangat-sangat sedap rasanya kerana intinya adalah peanut butter. Jadi jika kalian sudi, layanlah beberapa foto bagaimana Biskut Seroja ini dibuat dari awal sehingga akhir..Siapa pernah rasa Biskut ini, sila angkat tangan heheheh..Yang jelas, biskut ini amat sukar untuk ditemui khususnya menjelang Aidilfitri..
Aku minta maaf kerana mungkin layangan mindaku kali ini sesuai untuk dibaca oleh kaum Hawa. Walau bagaimanapun, kaum Adam juga boleh membacanya kerana klasifikasi U masih digunakan untuk blog ini heheheeh...Kalian pernah rasa atau makan Biskut Seroja??? Atau kalian tidak pernah tahu apa itu Biskut Seroja? Jika tidak tahu, boleh melawat Karnival 1 Halal 1 Malaysia atau Kancilbiru.
Pagi tadi, ketika aku merayau-rayau mencari rezeki, aku berkesempatan singgah ke premis pengusaha Biskut Seroja ini. Kesempatan tersebut kuambil dan aku snap beberapa foto mengenai pembuatan Biskut Seroja yang amat renyah ini. Walau bagaimanapun, biskut ini memang sangat-sangat sedap rasanya kerana intinya adalah peanut butter. Jadi jika kalian sudi, layanlah beberapa foto bagaimana Biskut Seroja ini dibuat dari awal sehingga akhir..Siapa pernah rasa Biskut ini, sila angkat tangan heheheh..Yang jelas, biskut ini amat sukar untuk ditemui khususnya menjelang Aidilfitri..
Antara sijil penyertaan yang pengusaha pernah ikuti
Antara langkah awal untuk buat Biskut Seroja
Cara -cara awal untuk memulakan pembuatan biskut seroja
Ini biskut seroja yang 40% siap
Skirting pada Biskut Seroja mula dibuat (semuanya manual ya)
Cara memasang skirting (betul ke istilah ini) pada Biskut Seroja
Ini biskut yang 70% siap..selepas ini ia akan dibakar..
Selepas dibakar, ia akan diletak dalam bekas untuk disejukkan
Ini yang 90% siap..Selepas dibakar, ia akan disimpan untuk diletak intinya iaitu peanut butter dan buah ceri.
Ini versi yang dibungkus dalam pek2 kecil. Dalamnya cuma ada 10 biji sahaja....( tak puas kalau makan, buat goodies bag sesuai la)
Ini adalah kuih Biskut Seroja yang telah siap sepenuhnya siap dengan pembungkusan sekali untuk dihantar kepada semua pelanggannya





51 ulasan:
salam en. shahrom... nk tnye la mcm mane nk ambik kursus buat biskut seroya nih.. mcm menarik je.. heheh
Salam..
erm..nak ckp malu..
sya x pernah jumpa n mkn beskot seroja neh..huhuhu..nak membuatnya apatah lg..mmg x pandai..ade jual on9 x? tingin nk try..
memang sedap ah...kat mana dia jual lagi eh? kat tesco ka giant tak dak ka? huhuhu
renyah dibuat, sedap dimakan kot!
tapi tak renyah untuk 'bersembang' dengan Kakcik Seroja, kan? :)
salam sahrom : kaum adam pon ade yg berminat dalam bidang masakan ni, so takde salahnyer posting ko kali ni. maner nak dptkan biskut ni? klu jumpe nak gak aku menerai...
nampak sodapnya
Assalamualaikum Sahrom
saya tengok selalu, shef ramai yg lelaki
saya belum rasa lagi biskut tuuu
mintak cikit
Wassalam
tak pernah try. tp pasti akan jadi feveret sebab GB sangat suka peanut butter!
uihh
tak pernah tau ada kuih ni
cantik, macam sayang nak makan...;p
Salam sahrom..wah kamu memng boleh jadi chef terkenal nanti
Salam
Tak pernah jumpa pun kuih nie...
mule2 rase biskut dulu ..
mane tau datang minat utk membuatnye ..
akhir nye sahrom jd towkey kilang biskut ...
bg name lain lak biskut tuh
kat mana nak cari yek? mcm menarik jek..
Kakcik Seroja tentu tersenyum baca n3 ini . hehe
Saya pernah makan sekali beskut ini . sedap! . Nak buat tak pandai . Kena belajar arr ..
Thanks kongsi .
# khaifaiz: huhuhuh..pengusaha nie tak buat kursus utk biskut nie la, en khaifaiz..resepi turun temurun..dia pi kursus untuk dpt pensijilan halal shj..
# cik shinju: mmg tak jual online coz penghantaran melalui pos mengakibatkannya pecah..
# kancilbiru: dia tak jual kat pasaraya besar..memang dia jual secara tradisional kat kampong dia shj utk menjaga kualitinya..
nak jugak!!!!
nak rasa!!!
# kakcik: salam kakcik, memang mudah dimakan..sembang dgn kakcik mmg tak renyah heheheh...
# afeezz: tu la mslhnya..dia cume jual kat kampong dia shj..tiada penghantaran secara pos kerana hancur kuih tue bile dihantar pos..
# sharinginfoz: trime kasih..
# rozali: salam atuk..saya pun tiada..camne nak bagi atuk..kalau ada, insyaAllah sy akan bg ya ^_^
# gadis bunga: kalau peanut butter feveret awak, ini mmg tepat untuk awak nikmati heheheh...
# lya colours: kat melaka takde ke???
# sayangsayangibu: kalau syg nak makan, ape kata kiter buat perhiasan je hahahah...
# imanshah: aku tak reti masak..aku tak layak jd chef huhuhuh...
# cik_noor: kat cameron mmg takde..so, bersabar ya..mungkin akan tiba nnti..
# aby: salam tuan aby..sy makan gaji je..bukan pengusaha biskut nie..tak mampu sy nak jadi tokey huhuhuh..
# liliyuli: hanya ada di N9...tempat lain mmg tak ada coz nak buatnya sgt renyah huhuhu...
# linda: kak makan kat ne biskut nie?? kat johor erk???
# gadis comel: kalau nak, aku jadikan adiah kawen hang..ok tak???
alaaaaaa... apsal peanut butter. kot buh jem nenas mau rasa nk order gak nih...
.
macam sedap jer biskut nie:)
kat mana bleh dapat?? nak rasa jugak..
tpi mgg 'renyah'proses pembuatan rupernya...creative betui pengusaha rupanya:)
lunch semalam makan McD
hari ni KFC
n
gulai umbut kelapa
sodap...
benda baru..x penah jumpa..kalu diwar2kan utk jualan bagus ni nk cuba...
Salam sdra...
Teringin juga nak merasakan biskut tu...kat mana jual erk?
# tasekM: huhuhu..dah tokeinya suka peanut butter..kalau aku tokeinya, aku tak letak apa2 pun hahahah...
# ainhany: pengusahanya memang kreatif kak..kalau kak tgk pengusaha nie, dia mencari rezeki dr jual biskut nie je..la nie, MITI dah iktiraf biskut nie..maybe, akan dipasarkan oleh MATRADE kot...
# ikan emas: tak pnh rasa gulai tue..gulai daging salai lg sedap tau hahahah
# pakciklie: susah nk dpt biskut nie..mmg takde kat giant a.k.a tesco huhuhu
# abd razak: salam sdra..dia tak pasarkan di pasaran terbuka..memang sukar untuk menemui biskut ini..cume boleh dpt di premisnya shj...
comel gila ... suka.. hehehe. cam sayang nak makan.
KB kata,sedap gila biskut ni...camno nk beli?? nk pesan boleh tak?
Nanti raya korban mau test ini biskut Seroja..
tak pernah nampak lah biskut nih... patut di international kan. Nampak macam sangat menarik...
shah,
kat mana ada jual biskut ni, nak juga pergi cari, peanut butter memang my feberet... nampak cantik
takpun hantarlah sekotak ke pilah ni, tak jauh pun..
salam Shah..
nampak renyah..mungkin sedap..
apakan daya saya belum pernah makan
lagi..he he
# faiz farish: takpe, faiz..kalau hang sayang nak makan..kiter buat hiasan atas meja makan je ye..
# anis the bumblee: salam anis..tu la pasai..ia tak boleh dipos..so, kne la beli di kedainya..
# relevan: ok, relevan bole test..tp nak test kat mane???
# bella: memang ada cadangan untuk diantarabangsakan tetapi kesukaran untuk memenuhi permintaan menyekatnya selain ia mudah hancur semasa shipment..
# ibuintan: ada jual ibu..masa karnival kat paroi tue ada jual..takpe, ibu bg emel ibu nnti sy bagitau tempatnya kalau ada expo lg ya..
# zulkbo: salam abg zul..mmg kat KL sukar untuk ditemui...
Salam sahrom..
1st time saya dengar tentang biskut seroja ni...ohh betapa cantiknya...kreatif sapa yang reka ni...rasanya pun mesti sedapp..
salam pokcik...
owh, ni laaa biskut seroja...
bentuk dia macam bunga seroja...
mesti sedap kan...
ape kata pokcik poskan kat sy 1 kotak...
boleh?
# afida anuar: memang pengusahanya seorang yg kreatif dan biskutnya memang la teramatla sedap...inti peanut butter tue huhuhuh...
# white rose: memang bentuk dia cam bunga seroja..bukan taknak poskan tapi hancur bile diterima huhuhu
biskut apa tuh?
ye ke en. shahrom. tp x pe.. tat nenas tetap dihati
morning..
amy datang bertandang pagi sambil mencari juadah baru,uishhh amy x pernah jumpa pun biskur tue, first time tengok dekat sini
# pencacai alim: salam..trime kasih berkunjung ke blog sy..itulah namanya biskut seroja hehehhe...
# khaifaiz: sdra tak perlu la berencik2 dgn sy..ini bukan urusan formal a.k.a rasmi..kalau sy lebih tua, panggil abg pun takpe, kalau sy lebih muda, panggil nama shj..trime kasih..
# amy syaquena: ahaks...mmg biskut nie amatla payah untuk ditemui..seklasik seroja nama diberi huhuhuh
wow!!! memang renyah! buat cekodok saya reti.. :)
Salam sahrom,
Kalau ada mouldnya mesti boleh buat sebab dohnya mesti macam buat biskut tart dsb. Tapi intinya macamana ye?...
Belum complete lagi resepinya tu....
# makdara terdiva: takpe, MDT leh try cikit2 kan..lame2 pandai la kan..
# kakzakie: salam kak..mmg tak complete pun..nak tunggu lame sgt sebab sy ada kerja lain huhuhuh
Akak tak pernah cuba biskut ni. Nampak memang kena ada minat dan skill ya. Kalau orang biasa buat, karang dia tak jadi bunga seroja. Dia jadi bunga lain. Hehhe...
salam..
berselera saya tengok biskut seroja ni.. tapi tak pernah jumpa jual kat pasaraya...
saya pelik laa.. ermm.sebab saya rasa makanan2 dari malaysia sangat unik dan sedap.. tapi pasaran tak meluas..adakah kerana permintaan melebihi pengeluaran? ataupun memang pasaraya tanak ambil produk dari malaysia secara meluas kerana sahamnya dimiliki oleh orang asing yang memonopoli pasaran barangan..??
kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan biskut seroja ni, bolehla menghubungi saya di chinita78@hotmail.com. Saya ambil direct dari pengusaha di Jelebu. By hand only, x leh courier, kang pecah.
utk annfrendly...kuih ni tak byk sbb terlalu renyah nak buat..lepas tuh adunan die kene betul, tgn kene kreatif sbb kalau tak kene dgn resepi dan cara buat mmg tak jd..sy ada jumpa 2-3 org yg buat kuih ni..tp mmg rase lain dan tak cantik rupanya..sbb tuh shikin pun taknak bg org lain buat takut kualiti kuih ni jatuh..nanti org ingat beli dr die plak..mak abah sy pun buat gak tp diorg cuma mampu 300biji je sehari..tahun lepas pun raya org amik order sampai 20, 000. tahun ni diorg nak amik skit jer..
Nyang saya kat kampung Pradong ada kilang biskut nih. Heeee
(bukan kilang pun sebenarnyaaaa)
Catat Ulasan