
Salam blogger semua..Apa khabar kalian semua?? Semoga sihat walafiat hendaknya..Selamat Berpuasa Enam aku ucapkan kepada para blogger yang telah bermula puasa sunat ini..Semoga ibadah kalian diterima Allah SWT..InsyaAllah..
Sepanjang Syawal lalu kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal iaitu Dato' Sosilawati di Banting, Selangor..Aku tidak berminat untuk menulis mengenai teori atau berkenaan cerita di atas kerana tidak mahu mengsensasikannya selain mengganggu siasatan polis..Biar polis buat kerjanya..Cuma aku berkesempatan untuk ke tempat kejadian untuk melihat sendiri situasi selain berinteraksi dengan penduduk kampung disitu mengenai isu ini..
Aku ke tempat kejadian pada petang 14 September 2010 kira-kira jam 6.45 petang. Suasana memang agak gelap kerana kawasan tersebut agak kedalam walaupun terletak di hadapan jalan utama..Maaf, aku tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan..Memang pihak polis mengawal tempat kejadian agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana ia telah disensasikan menjadi isu yang sangat sensitif..( kalian tahu apa maksudnya kan???)..
Selepas meninjau tempat kejadian, aku ke rumah penduduk kampung disitu dan berbual mengenai isu diatas..Antara info yang aku dapat hasil dari interaksi itu ialah:-
Untuk kalian, apakah pengajaran yang kalian dapat dari kes diatas??..Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama...
Sepanjang Syawal lalu kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal iaitu Dato' Sosilawati di Banting, Selangor..Aku tidak berminat untuk menulis mengenai teori atau berkenaan cerita di atas kerana tidak mahu mengsensasikannya selain mengganggu siasatan polis..Biar polis buat kerjanya..Cuma aku berkesempatan untuk ke tempat kejadian untuk melihat sendiri situasi selain berinteraksi dengan penduduk kampung disitu mengenai isu ini..
Aku ke tempat kejadian pada petang 14 September 2010 kira-kira jam 6.45 petang. Suasana memang agak gelap kerana kawasan tersebut agak kedalam walaupun terletak di hadapan jalan utama..Maaf, aku tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan..Memang pihak polis mengawal tempat kejadian agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku kerana ia telah disensasikan menjadi isu yang sangat sensitif..( kalian tahu apa maksudnya kan???)..
Selepas meninjau tempat kejadian, aku ke rumah penduduk kampung disitu dan berbual mengenai isu diatas..Antara info yang aku dapat hasil dari interaksi itu ialah:-
- Suspek utama kes ini memang orang yang cukup terkenal disitu..Beberapa individu yang pernah terserempak dengannya atau berbual dengannya menyatakan dia seorang yang nampak seperti orang baik sahaja..( ini ala-ala air yang tenang, jangan disangka tiada buaya tau hehehehe)
- Penduduk kampung juga menyatakan terdapat sebuah ladang penternakan dimana tembok besar telah dibina di hadapannya..Bukan sembarang orang boleh memasukinya dan jika ada urusan, orang tersebut akan diperiksa..( ala-ala macam kawasan operasi yang sangat P & C tau)
- Sepanjang jalan ke kawasan ini, memang banyak terdapat ladang penternakan serta rumah-rumah kampung yang terdapat disini juga agak jauh jaraknya antara satu sama lain. (Jadi, tidak hairanlah jika sesuatu berlaku, tiada siapa yang dapat ambil tahu)..
- Pejabat guaman suspek utama kes ini hanya terdapat di seberang jalan sahaja di hadapan IPD Kuala Langat iaitu di pekan Banting..( orang selalu berkata kawasan yang paling bahaya, kawasan itulah yang paling selamat sebenarnya....)
Untuk kalian, apakah pengajaran yang kalian dapat dari kes diatas??..Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama...





47 ulasan:
Salam Aidil Fitri Sahrom
kita lihat cerita hidustan!!!!!!
penjenayah
ada disekeliling kita
dia lah yg paling baik
dia lah yg banyak membantu
akhir sekali terbongkar rahsia
siapa yg ada disekelilingnya
atau yg membantu kelecikannya
Wallahualam
Wassalam
salam lebaran
semoga keadilan akan di tegakan
Salam Aidilfitri ..
Saya kutuk pembunuhan ini . Sangat kejam !
Manusia jadi gila kerana tamakkan harta ..
Salam raya lagi..kita ikuti perkembangan kes ini sehingga akhir..
Semoga pembunuh mendapat hukuman setimpal..
kaya sgt pon susah
miskin pon susah
apa nak buat
dunia skrg penuh dgn manusia bertopeng
kita kene berhati2 dgn sesiapa pon
ye x ?
hihi
salam,
pengajarannya ialah duit itu adalah ibu segala kejahatan..
Salam Rom
lama betul awak bercuti ! tentu seronok dan banyak kenangan manis.
dalam kes dato s ini, pengajarannya kepada saya ialah .. "nikmat umur dan harta yang Allah beri itu, kalau Dia nak ambil, dengan sekelip mata boleh hilang"
masa raya, semangat tengok berita makin berkobar2....sebab nak tahu perkembangan kes ni punyer pasal...(selama ni, idak ler serius sgt..hehe)
yer la...duit ni permainan idup...nyawa manusia pun skang dh macam barang mainan...apapun, takziah pada keluarga tersebut...
P/s : sedihNya beraya tanpa ader orang tersayang di sisi
sahrom,
semangatnya hang, sampai pi ke tempat kejadian. salute kat hang.
pengajaran.... hmmmm banyak juga kan, yang penting be careful
SALAM,
(1)PERKARA YANG SALAH WALAUPUN DISEMBUNYIKAN, LAMBAT LAUN ORANG AKAN TAHU JUGA.(2) SEPANDAI2 TUPAI MELOMPAT ...... (3). ORANG YANG TAHU UNDANG2 TAK SEMESTI PATUHI UNDANG2 (4)ADA MANUSIA LEBIH TERUK DARIPADA BINATANG. (5) SENTIASA BERWASPADA TETAPI BUKAN BURUK SANGKA (6)URUSAN2 PENTING TU ELOKLAH DALAM PENGETAHUAN KELUARGA (7)SEMAKIN BANYAK WANG, SEMAKIN SUSAH HIDUP KITA
Salam Sahrom,
Sungguh kejam dan amat tidak bertimbangrasa..
Ada hikmah yg tersirat disebalik tersurat..renung2kan..
salam sahrom,
lepas ni kalau nak berurusan dgn org kena chek betul2 background org tu lebih2 kalau melibatkan duit BESAR punye..hehe!
terasa malaysia skrg ni dah tak selamat lg..
eh! mesti penjenayah ni taksub sangat dgn citer tamil kot..hoho!
Salam...
Sangat kejam..
Balasan Allah bagi si pembunuh..
Dibakar, kekal dalam api neraka, dilaknat dan azab seksa yang teramat pedih, dihina dan dosanya seperti membunuh semua orang
salam ziarah..banyak kut pengajarannya...antaranya harta/DUIT..betul kata orang.."Segala galanya perlukan duit..tapi duit bukanlah segala-galanya "
Bile harta segala-galanya..
Nyawa manusia tiada maknanya..
Sedih dgn situasi skang
Salam Lebaran Sahrom,
Macam mana lebaran tahun ni di utara? tentu meriahkan. Lebaran tahun ni kita dikejutkan dengan kes ini kan. semua rakyat Malaysia tak kira kaum terkejut dgn simpati dgn semua mangsa. pada saya, biarlah kite diuji dengan kesusahan agar kite sentiasa beringat padaNYA.. bile kite diuji dengan kesenangan, kemungkinan kita boleh lupa diri n sentiasa tak pernah cukup dengan rezeki yang DIA berikan.. waALLAHualam :)
Salam sahrom..
itulah dunia sekarang. Cuma kita haruslah berhati2 dalam apa jua tindakan... dan sebelum keluar rumah itu, kita berdoa semoga kita dipelihara oleh Allah dari kejahatan dan keburukan orang ke atas kita.. InsyaAllah...Allah akan memelihara kita...
betul-betul macam tgk filem tamil ..
filem drama korporat melayu pun lebih kurang gitu juga jalan ceritanya...
pengajarannya : apa-apa hal jgn main sorok-sorok dari pengetahuan keluarga...macam lelaki yg nak kawin lagi!!
bila gila nak kaya cepat
bila gila nak hidop bergaya
bila gila melanda
maunya jadik gila
lebih gila dari orang gila
salam...xsangka dunia sekarang kerana wang jadi begini..pengajaran nya...kita perlu berhati2 dengan semua org walaupun seseorg itu berpndidikn tgi atau pada dasarnya nampak baik....bukan boleh percaya sangat...itulah..ada org kata " kaya pun susah, xjd kaya pun sush" ila dgt org tua2 cakap..heeh
Kerana DUIT...segalanya berpecah belah...
Salam 1Malaysia,
Bahaya buaya di air tenang,
berhati-hati bukan hanya di jalan raya sahaja.
salam pokcik...
kuih raya mane?
ntah laa pakcik...
tak dapat nak komen ape pun...
semua ni telah ditakdirkan sedemikan...
kita pun tak tahu macamana keadaan kita juga nanti...
apa yg kita mahukan bukan semuanya dapat...
jagalah diri kita sebaiknya,
pergaulan, percakapan mestilah seiring dengan ajaran Islam...
pokok pangkal kembalilah dengan Sunnah Rasulullah...
Mungkin kita 'terjebak' dgn 'kerakusan' diri kita sendiri...
manusia mcm ni dah hilang sifat manusianya dek ketamakan diri.. diharapkan pihak polis dpt menyelesaikan kes ni
# rozali: salam..betul tue..skripnya sejibik cam citer hindustan kan..huhuh..mmg superb jln citernya sehingga amat sukar utk dikesan..
# sayang-sayang ibu: salam...ya..semoga keadilan akan terus subur di bumi bertuah ini..
# linda; salam..mmg ya..semua lapisan msykt mengutuk akan pembunuhan terancang ini..
# relevan: salam..mmg perkembangan kes ini sentiasa dinanti..
# lya colours: salam..itulah kuncinya..kiter kne berhati2 dgn sesiapa shj terutama yang pandai menyamar nie
# penjejak maya: salam..ada benar itu..duitlah punca kpd segala permasalahan..
# al-lavendari: salam tuan haji..heheheh..sy mohon je tak sangka cuti saya diluluskan..so, amek je la cuti yg telah diluluskan..betul kata tuan haji tu..segala nikmat tue jika Allah SWT nak ambil, sesaat nafas pun takkan tertangguh..
# nor_emylin: salam..mmg semua org ternanti2 akan kes ini...la, siapa gerangan org tersayang yg tiada disisi itu..
# gadis comel: hehehehe..bukan setakat bersemangat, berminat lg nak ikuti kes ini..awat, hang nak jadi pegawai penyiasat ka? hahahahah
# sharinginfoz: sentiasa berhati2..itulah pengajarannya..
# luahfikiran: salam..komen LF tue mmg sy setuju sgt terutama yang terakhir itu..keluarga adalah segalanya..jgnlah disorokkan apa2 dr pengetahuan mrk..
# makdara terdiva: salam..mmg ya tuer..kiter nie mcm nonton citer tamil kan..penuh dgn aksi kejam tue huhuhuh
# abd razak: salam..mmg sgt kejam..semoga Allah SWT akan membalas kpd semua si pelakunya..
# abah_izz: salam..sy stuju itu..duit bukanlah segala-galanya..
# khaifaiz: salam..trime kasih berkunjung dan menjadi follower sy..semoga berkunjung kembali..
# imma jamal: salam..lebaran di utara mmg sgt meriah..terasa sehingga ke hari ini..betul kata awak tue imma..kesusahan sebenarnya buat kita sentiasa mensyukuri dan mengingati Pencipta kita..
# afida anuar: salam...mmg ya..doa adalah senjata bg umat Islam..sebelum keluar rumah, bacalah sedikti doa agar kita dipelihara dr segala musibah..insyaAllah..
# ikan emas: salam..mmg keluarga kne diberitahu dlm segala urusan supaya tindakan affirmatif dpt diambil segera jika sesuatu berlaku
# cemomoi: salam..kaya cepat, hidup bergaya..semuanya akan buat kita jadi gila kan..
# honeybunny: salam...kaya susah..tak kaya pun susah itu ada kebenarannya..pokok pangkalnya adalah berhati2 dgn seseorang..
# ahmad humairi: salam cikgu..perumpamaan cikgu itu sgt tajam..sungguh mengesani..trime kasih atas peringatan yg bermanfaat itu ya..
# white rose: salam..kuih raya kne la mai uma kan hehehe...kembalilah kpd ajaran Islam..itulah paksi kepada semua tindakan kita sebenarnya..
# sha: salam...ada kebenarannya kata2 hang tue..kiter nak dpt duit lebih tetapi sebenarnya kita membayar lg lebih kan...
# kyuubi_85: trime kasih berkunjung ke blog sy..semoga berkunjung dan menjadi follower sy ye...
kena tanya pakciklie ni bro. kan tempat dia tu. :) xtau pulak pejabat guaman suspek tu depan IPD kuala langat ek. pandai betul dia cover. kununnye dok depan balai polis, tak wat salah la tu. ibarat pepatah melayu, "alim² kucing.." betul ke ek?.. huhuhuh..
http://wanshah87.blogspot.com
Banyak sangat topeng syaitan itu bergentayangan di depan kita dalam bentuk orang alim
# wanshah: yup...alim2 kucing tue sampai tak mengaum kucing dibuatnya hehehehe....aku pi cane sj jer nak tgk gambaran sebenor terutama tang sungai tue...sg pancau tue kire ok lagi klu sg lagi satu, siap ada najis babi kat dalamnya huhuhuh..
# pokli: salam..mmg betul tue, pokli..topeng2 itu depa pinjam dr cicakman kot huhuhuhu
Sepandai2 tupai melompat..akhirnya ke tanah jua..
trajedi paling menyedihkan buat tahun ini..
Dari kes ni, baru kita tahu yang ada orang yang hati dia kering, boleh potong daging manusia macam potong daging ayam, pastu dibakarnya pulak. Ni bukan manusia, mungkin hantu. Lagi satu, semakin banyak harta kita, kita patut dekatkan diri kita lebih lagi dengan Allah supaya kita tak lari dari paksinya, dan semoga sentiasa dalam jagaanNya.
Wallahualam...
salam sahrom ...
lame gak sahrom hilang ..
raye betul tuh.
saye pun lalu jln tu juge . cume mase saye lalu jln tu, berite penemuan mayat rentung jer kt situ, blm d kaitkan dgn arwah dato sosila tu. tu yg jln2 biase jer.
psl kes ni .. banyak pengajaran nye .. tp yg paling menyerlah adalah kelemahan pihak polis dalam mengendali sesuatu kes. klu mangsa bukan datuk sosila , sekadar org biase jer, rasenye kes ni cume sekadar satu kes yg terpencil sebagai mane kes2 baru nak d buke balik. apepun pembuhunan dato sosila ni membawe rahmat kpd keluarga mangsa2 yg lain yg sekurang kurangnye sekarang dapat perhatian .. Tq kt team bukit aman tu ...
salam aidilfitri sahrom : aku pon ade dgr cerita pasal tembok tuh. tak tau le aper sebabnya dibina tembok dikawasan macam tu. sesuatu kan...
# idalara: salam..tepat sekali peribahasa itu..ia sgt menyayat hati apabila mengenangkan terjadi di bulan yang mulia ini..
# yati: salam kak..kata2 akak tue ada kebenarannya..sewajarnya harta kurniaan Ilahi ini akan membuatkan kita semakin dekat kepada-Nya dan bukan jauh drpd-Nya..
# aby: salam tuan aby..mmg lama sy bercuti..alhamdulillah baki cuti byk lg..trime kasih mengingati sy..jln tue mmg sunyi kan..amat menggerunkan..sy stuju statement aby tue..kes ini menyebabkan kes yg lain terbongkar dan mencetuskan persoalan apa pihak berkuasa buat dgn fail kes siasatan yg lain..
# afeezz: salam..pasal tembok tue mmg penuh misteri..org kampong pernah ckp sape dah masuk, ada yg tak kuar dah...klu nak masuk, badan kita akan diperiksa ketat
salam sahrom,
Syawal dikejutkan dgn berita syahdu ni. Salam takziah buat keluarga mangsa2. Al fatihah
Selamatkah kita dalam kita meraikan bulan Merdeka dan hari Malysia?? Kepada siapa nak di harapkan keadilan jika institusi guaman telah dicalarkan...Harapkan pagar pagar makan orang..:)
Kerakusan dunia menghalalkan cara namun setinggi mana tupai melompat pasti kebwh jua. Setiap kejadian itu pasti hikmahnya...semuga kita berpada2 dalm dunia sebagzi bekal ke akhirat
komen khas: tahniah!!Penyiasatan yang baik dan kunjungan yang berfakta. Tak de cerita seramke di sebalik sungai yg mengalir???
salam... macam drama dan movie kan? nampaknya LPF kene bekerja lebih keras lagi.
# ainhany: salam perkenalan..trime kasih sy ucapkan atas kesudian sdri mengunjungi blog sy yang tidak seberapa ini..komen sdri sy hargai dan sekali lagi jutaan trime kasih sy ucapkan..semoga sdri sudi berkunjung lagi ke blog sy ya..
# gadisbunga: salam..mmg betul2 mcm citer dlm film tamil dibuatnya..penuh dgn aksi yg dramatik
kes ni mmg unik...tu ja nak cakap...peguam tu mmg bijak kan..
Assalamualaikum
salam lebaran...
kes nie macam dalam filem citer tamil lak...
Pembunuh tu dasar manusia kafir lagi munafiq yg kuek membolit. Takbir. Allahuakbar.
Ternampak plak kat n3 ni kat link within td.. :P Saya x baca lg coz hari tu lama gak x on9..mmg ngeri dan tragis kes ni..Susah nak ckp la,kdg2 dah hati2 pun kena gak..Mcm arwah,dia bkn p sorg2..tp si penjenayah mmg kejam dan x hargai nyawa org lain..Selamber jer hapuskan dgn driver2 skali..Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat olehNya..
Al-fatihah untuk semua mangsa
Catat Ulasan