Rabu, 21 Julai 2010

Penggabungan Proton + Perodua : Apakah Rasionalisasinya...


Salam blogger semua...Industri pemotoran kita dikejutkan dengan cadangan kerajaan untuk menggabungkan 2 syarikat automotif primer negara iaitu Perodua & Proton menjadi sebuah entiti sahaja...Cadangan ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak baik yang negatif mahupun positif..Rata-rata mengatakan rasionalisasi cadangan ini ialah bagi memastikan industri automotif negara lebih kompetitif dan berdaya saing serta menghasilkan kenderaan yang lebih kualiti tahapnya..

Umum mengetahui termasuk semua rakyat marhaen, dari segi kualiti Perodua lebih kedepan tahapnya ( walaupun usianya lebih muda) berbanding Proton..Hampir kesemua kenderaan Perodua, dijana untuk menghasilkan penjimatan petrol, kadar penyelenggaraan yang lebih rendah, pusat servis yang lebih terjamin selain tidak mengalami masalah tingkap kuasa seperti Proton..( orang kata kerana Mitsubishilah Perodua jadi lebih berkualiti hehehheh)..Berbanding Proton, sebelum Persona dikeluarkan hampir majoriti kenderaannya termasuk kenderaan baru akan mengalami masalah tingkap kuasa yang amat teruk sekali selain masalah kadar penyelenggaraan yang amat tinggi..

Oleh kerana itulah, aku sebagai rakyat biasa yang buta mengenai industri pemotoran negara kurang bersetuju dengan cadangan ini..Bagi aku, biarlah mereka bersaing sesama sendiri dalam pasaran bebas kerana hanya yang terbaik akan dapat memenangi hati pengguna.. Inilah namanya perniagaan tulen..Selain itu, target group untuk kedua-dua syarikat ini juga berlainan selain Perodua tidak langsung menghasilkan kereta sedan seperti Proton..Proton sebagai abang kena membuktikan dia adalah yang terbaik berbanding Perodua..

Dalam erti kata yang lain, penggabungan kedua-dua entiti ini akan menghilangkan terus identiti mereka serta segmen kenderaan yang dihasilkan. Impaknya, ia menyebabkan mereka akan hilang motivasi untuk berdaya saing dalam pasaran tempatan.. Natijahnya, pengguna akan jadi mangsa kerana kualiti kenderaan akan semakin rendah atau mungkin lebih teruk dari sekarang..

Kepada para blogger, jika para blogger pernah menggunakan kenderaan baik Proton atau Perodua, apakah masalah utama yang melanda kenderaan para blogger yang menyebabkan para blogger tidak puas hati dengan kedua-dua kenderaan ini..Layangkan minda para blogger untuk kita kongsi bersama-sama...:-)

23 ulasan:

Lya Colours berkata...

x kesah la nk gabung ke ape, tapi tolonglah hasilkan kereta yg berkualiti ye wahai encik2 pengeluar kereta

cemomoi berkata...

heee tingkap powerhand... panh guna wira lepas tu tukar myv mantop bila memandu

kakcikseroja berkata...

Pernah menggunakan kereta Proton. Bila ada masalah dan mengadu di Pusat Servis, jawapan yang diterima 'kami tak tahu, itu kilang yang keluarkan'.. :(

ahmad humairi berkata...

salam,

saya pakai waja...elok je rasenya....tempat bukak pintunya tu...udah 3 kali tuka...mudah patah! Alat ganti tiruan kot?

sahromnasrudin berkata...

Lya Colours: kualiti..itu yg penting kan agar pengguna berpuas hati..

cemomoi: anda cuba mengatakan myvi lebih mantap dr wira??? hebat tue...

kakcikseroja: itu jawapan standard dari mekanik yg malas..blacklist je pusat servis tue, kakcik

ahmad humairi: ohhh..tempt tue mmg byk problem sy dgr..cikgu bertuah tukar 3 kali..ader org tue..enam bulan sekali..lg kritikal huhuhuhuh

pakcikLie berkata...

salam, gabung 2 sykt utk bersaing dgn pengeluar kereta luar itu memang cadangan yg baik, tapi kena ada perubahan dari segi kualiti dan harganya mesti berpatutan..apa guna kalau bergabung tp standardnya masih sama.

SiNoMoSa berkata...

salam sahrom,

sy pengguna perodua.
minda sy pula telah dipengaruhi dgn mutu keluaran kereta proton atas beberapa pengalaman yang telah dialami oleh famili dan keluarga terdekat.
apa yg dapat sy katakan buat masa ini, kualiti perodua adalah lebih baik dari proton namun semuanya bergantung pada nasib si pemakai..wallahualam hanya bicara saya..

Kunang-Kunang berkata...

Salam Shahrom.

Akak merupakan salah seorang dari orang pertama yang membeli proton saga (batch pertama, awal 80an), walaupun macam2 orang kata pada masa tu, tapi Alhamdulillah bagi kami tak ada masaalah. Malahan bila menjualnya selepas 6 tahun guna kami tapi jual lebih mahal dari ketika membelinya kerana ketika membelinya harga proton saga 1.3 hanya RM17,000. Masa jual balik untuk beli kereta lain dapat jual dengan harga RM21,000.00 seumur hiduplah agaknya inilah sekali akan merasa keuntungan macam ni dalam jual beli kereta.

Lepas tu guna wira pun tak ada masaalah. Guna pula perdana automatik sehingga sekarang. Yang tak tahan dengan perdana asyik rosak gearbox (maaf kalau salah eja), masalah lain tak ada sangat.

Sekarang saya juga guna kenderaan toyota, yang dapat saya bandingkan ialah servis after sale, toyota saya puas hati, dengan proton dah tak ingat sangat.

Kadang2 memang betul, terpulang pada nasib juga ketika membeli.

Abd Razak berkata...

Salam...

Jika mereka bergabung dan standardnya setanding dengan Honda atau Toyota, itu saya sokong.

relevan berkata...

Masalah utama Proton dan Perodua adalah..bila tekan minyak kuat laju..tekan perlahan slow..

Dan yang paling utama minta turunkan harga lagi..hehe!

zulkbo berkata...

salam..
ermmm..rasanya ada kebaikan
apa salah mencuba.

sahromnasrudin berkata...

pakcik lie: itu pasti..tiada gune mereka bersinergi klu kualiti dan harga masih sama..buang masa je kan...

sinomosa: sdri telah mengiyakan fakta bahawa terbukti perodua lg berkualiti berbanding proton..itu kebenarannya kan..

kunang-kunang: itu mmg betu..dulu beli kereta adalah aset kerana bole dpt untung biler jual balik tetapi sekarang beli kereta umpama liabiliti kerana dh tak laku nk tolak semula..hakikatnya, penawaran telah melebihi permintaan menyebabkan harga turun..

abd razak: salam kembali..itu harapan semua rakyat malaysia..pastikan kualiti setanding honda atau toyota..

relevan: harga memang perlu diturunkan lagi bagi merancakkan industri kereta tempatan selain baru boleh dinamakan local product

wanshah berkata...

saya tak stuju kalau digabungkan proton dengan produa. kalau digabungkan, tak ada la persaingan untuk penghasilan produk yg lebih berkualiti. seperti proton, sepatutnya dia lebih berdaya saing dengan produa. sebab dia dapat suntikan modal dari gomen. tapi hasilnya, tak setanding dengan produa. rasanya dari segi kualiti, produa lebih baik dari proton. saya stuju dengan pendapat bro tu.

http://wanshah87.blogspot.com

GADIS COMEL berkata...

tak payah bergabung, kalo bergabung, tak de persaingan antara proton dan perodua.

pakai keta perodua, tak penah buat hal lagi, tapi enjin bunyi agak kuat. servis on time.

apa2 pun, puas hati jugak. mmg tak penah meragam lagi keta kecik tu.

;p

piewahid berkata...

saya stuju dgn komen sahabat kita, a razak.
pgabungan biarlah menguntungkan kedua2 pihak. pembeli dan pengeluar.

isu utama ialah kualiti yg tidak standing dgn harga. cukai tlalu tinggi perlu ditanggung pmbeli. 300% kan? cuba bygkan, berapa harga sebenar myvi jika diexport dan jazz semasa dibawa masuk...

p/s- saya masih pakai myvi utk second car tetapi crv buruk saya tetap memberikn lebih jauh kepuasan pemanduan!

sahromnasrudin berkata...

zulkbo: yup, percubaan pertama kan membuahkan hasil..

wanshah: anda mempunyai pandangan yg sama..kiter sekapal la kan hehehehe...

gadis comel: ohhh..pakai perodua gak erk..mmg kereta perodua tak pernah meragam kan..

piewahid: pandangan piewahid sy hormati..biarlah ia memberi kepuasan kpd kiter sbg pengguna kan...

white rose berkata...

xtau laaa mcmana...
dalam keluarga sya kedua2nye guna...
alhamdulillah, xde masalah...

baik produa ataupun proton...

malah adik sy sendri keje dgn produa...

terpulang kepada pemanduan kita sebenarnya...
ada rezki bernasib baik...

al-lavendari berkata...

salam. sebelah siang memang ada masalah nak komen entri rom guna komputer pejabat. mungkin sebab dia blok fb beri kesan kot. tapi blog orang lain kebanyakkannya ok.

saya setuju tidak gabung:

1. akan wujudkan pertandingan yang sihat,
2. tidak mahu wujud cartel yang akan menguasai/monopoli pasaran kereta keluaran tempatan. kalau mereka berdua bergabung dengan naza, habislah kita.
3. mereka patut cuba capture pasaran luar negara. volvo dari negara yang pasaran dalam negaranya lagi kecil dari Malaysia boleh hidup.

Afida Anuar berkata...

Setuju dengan saudara abdul razak, kalau penggabungan perodua dan proton ni dapat menghasilkan kereta setanding toyota dan honda, saya setuju..kalau idak..biarkanlah depa bersaing sesame sendiri...nak gabung buat apanye..err..

HonEyBuNNy berkata...

alamak....ila xdak kereta...naik kereta org ja...so xtahu sangat la...;-(ngeh3..

sahromnasrudin berkata...

white rose: salam..ustazah bernasib baik krn dpt kereta yg tip top selain cara pemaduan yang cemerlang..kadang2 faktor terpulang pd nasib mmg boleh digunapakai..

al-lavendari: salam tuan haji, komen tuan haji tue mmg sy setuju terutama tang no 3...org kampong kata keluar dr kepompong zon selesa kan..

afida anuar: komen sdri saya hormati..biarlah kualitinya setanding toyota dan honda kan..

honeybunny: tak apa..leh belajar..nnti klu beli kereta, tahulah cikit klu ada damage mane2 erk...:-)

annfrendly berkata...

salam..
saya minat abes gan kereta poersona..
akak saya baru beli myvi awal tahun ni.. cukup tempoh yang ditetapkan, anta gi servis.. tapi yang peliknya enjin dah mengeluarkan bunyi pelik.. tak tahulah ape masalahnya..

sahromnasrudin berkata...

annfrendly: persona body dia mantap kan..mmg puas hati...sy tahu..bukan enjin dia bunyi..dia punye timing chain kot...try suruh perodua check balik..tp myvi jimat minyak kan hehehehe

Related Posts with Thumbnails