Assalamualaikum blogger semua. Ini merupakan layangan minda terakhirku dalam bulan Nov ini. Ini kerana mulai esok hingga 1 Disember, aku dan keluargaku akan bercuti untuk merayakan aidiladha ini bersama keluarga tersayang di kampung...( huh..seronoknya..lagipun, balance cuti pun byk lg hehehehe). Perjalananku akan bermula pada lewat ptg ini utk pulang ke kampung ibubapaku di Klang. Dalam perjalanan ini, akan singgah sebentar di Nilai ( huhhh..beli ole2 cikit kot) sebelum meneruskan perjalanan ke Kajang utk berjumpa adikku disana ( merangkap pekena sate Kajang la hahahah). Dari Kajang meneruskan perjalanan ke Klang ( hrp2 balik ini hujan tak brp lebat la, klu tak hiway federal jem truk la gamaknya). Pada hari raya Aidiladha pertama, selepas sembahyang je trus bergotong royong menumbangkan lembu2 yg sedia utk dikorbankan ( mak aku ckp ada 8 ekor, byk plak tahun nie..maklumla, uma tman 8 ekor kire byk tue) . Selepas asar, perjalanan akan diteruskan ke kampung mertuaku di Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman melalui Lebuhraya Utara Selatan bermula Tol Bukit Raja hingga ke Tol Juru di Penang ( perjalanan yg jauh tetapi menyeronokkan terutama apabila melintas setiap R & R yg ditemui). Aku hrp tak jem la hiway nie. Selalunya yg jem truk laluan dr Tanjung Malim ke Tapah serta menghampiri Plaza Tol Juru. Aku akan menghabiskan masa cuti ini di Kedah sebelum pulang semula ke sini pada 1 Dis.
So, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama yang membaca blogku yg tak seberapa ini. Pertamanya, kepada kedua ibubapaku serta ibubapa mertuaku di kampung masing2. Keduanya, kepada isteriku tersayang. Terima kasih kuucapkan kepadanya kerana kasih sayang yang telah diberi. Ketiganya, kepada adik beradikku serta adik beradik iparku. Keempatnya kepada semua rakan blogger yg sudi melawat dan mengomen di blog aku ini. Terima kasih kpd kak finaz, kak mamamin, cahaya, immazatul, aku dia & kamu, nor emylin, sha, anonymous, ustaz cahaya, sembang bincang,illieynaz, cikgu humairi, fadzillah, mamanoa dan sebagainya. Kalian mmg best dan trime kasih byk2. Kepada yang balik kampong, selamat bercuti & memandu berhati2 serta kpd yang berkorban, selamat berkorban. Semoga korban tahun ini menambahkan keimanan kita kpd Ilahi. Last sekali, kepada kalian semua layanlah video clip sempena aidiladha ini dari Raihan iaitu 25 Rasul. Adios Amigos..




