Beberapa rakan ku di luar sana bertanya apa gambar yang ku letak pada blog utama aku ni. Ianya seperti sebuah bangunan sekolah lama..hhahahah..memang tepat sekali tekaan kalian. Gambar lukisan yang tertera di blog utama ku ini memang sebuah bangunan sekolah. Bangunan sekolah lama dimana aku pernah bersekolah disini antara tahun 1993-1998 bermula dari Form 1 sehinggalah Form 5.
Nama sekolah yang banyak memberi ilmu kepadaku ini dan yang mengajar aku erti dunia ini adalah Sekolah Tinggi Klang. Aku pasti orang yang berasal dari Klang pasti mengenali sekolah ini dan semestinya tahu dimana lokasi sekolah ini. Sekolah ini hanya terletak 1.5 km sahaja dari Pusat Bandar Klang yang kalian semua tahu betapa kesesakan yang maha teruk sedang berlaku disana. Lokasi sekolah ini begitu strategik sekali kerana benar-benar terletak di tengah pusat bandar dan aku pernah mendengar padangnya amat bernilai tinggi jika ia dikorbankan untuk pembangunan. Nasib baik, pihak sekolah tidak mahu menggadaikannya.
Sekolah ini yang telah dibuka pada tahun 1928 adalah antara sekolah tertua di daerah Klang yang dikenali sebagai Bandar Diraja ini. Selain itu, sekolah ini hanya dibuka untuk pelajar lelaki sahaja (dari Form 1 - Form 5) manakala untuk Form 6, dibuka untuk kedua-dua golongan Adam & Hawa. Pada masa ku di Form 5, aku belajar di Kelas 5K (sekarang ni ntah2 dah tak wujud kelas 2 lagi )..Aku masih ingat lagi Guru Kelas ku pada masa itu ialah Pn Rohani Bt Muda ( kami panggil cik rohani kerana sentiasa muda heheheh aka ajar sejarah. Antara cikgu2 lain ialah Pn Shahniza Shaari (cikgu yg comel ajar Math Mod) Pn Teh (garang giler - ajar Geog) En Tarmuji (cikgu disiplin aka ajar BM)..Memang byk kenangan yang tak dpt kulupakan bersama rakan-rakan ku. Antara rakanku yang masih ku ingat ialah Hafiz (skrg dgr citer kjer bank). Mat Jam (bukak bisnes sendiri) Irfan (kjer petronas ) Mahathir (wartawan kat RTM1, selalu kuar muka dia hehehe). Aku pulak dilantik sbg Ketua Kelas gitu heheheh..( tp selalu dtg lmbt aka tak pakai stokin).
Aku masih ingat antara kenangan manis yg tak dpt kulupakan ialah aku bersama rakan-rakanku sanggup kunci pintu kelas krn tak nak bg cikgu geo masuk *(kitaorg tak suka subjek tue)..biler pk smula, tak patut kitaorg wat cam tu..itulah antara kenangan manis ku di High School Klang





