Khamis, 28 Mei 2009

Liga Juara-juara Eropah


Masih banyak yang memperkatakan mengenai perlawanan malam tadi antara skuad Catalans & Red Devils. Yang jelas, keputusan malam tadi memang adil & saksama. Ini kerana aku dapat melihat sebuah permainan yang sempurna dipersembahkan oleh skuad Catalans berbanding Red Devils. Titik perubahan pada perlawanan malam tadi bermula apabila Samuel Eto'o, penyerang antarabangsa Cameroon berjaya menjaringkan gol seawal minit ke -10. Perlawanan yang pada mulanya dikuasai oleh anak-anak buah Sir Alex Ferguson terus dikuasai oleh anak-anak buah Pep Giurdola. Seakan-akan berlaku sebuah perubahan tampuk pemerintahan terhadap kawalan permainan malam tadi. Aku pasti ramai peminat Man U di luar sana setuju dengan komen aku ini kerana jelas jentera serangan Red Devils amat sedikit dapat menembusi benteng pertahanan yang dikemudi oleh Carlos Puyol tetapi jentera serangan Catalans yang diketuai oleh Samuel Eto'o acapkali dapat menembusi benteng lemah yang diketuai oleh Rio Ferdinand. Apapun, sekalung tahniah wajar dilontarkan kepada Barcelona kerana berjaya merangkul 3 kejuaraan dalam musim ini iaitu UEFA Champions League, La Liga serta Copa Del Rey dalam masa 3 minggu ini.
Related Posts with Thumbnails